THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy tidak harus dipersalahkan berhubung dengan ketegangan kaum berhubung rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, menurut sebuah gabungan NGO belia India.
United Malaysian Indian Youth (UMIY), yang terdiri daripada Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO), Majlis Kelab Bell Belia Kebangsaan (KBBT), Majlis Belia India Malaysia ( MIYC ) & Pergerakkan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA), berkata Waytha tidak harus dijadikan ‘kambing hitam’ dalam isu kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, 24.
“Umum mengetauhi baru – baru ini negara bersedih kerana kematian saudara Adib, Anggota Bomba yang meninggal dunia pada 17 hb Disember 2018 lalu susulan kecederaan yang dialami semasa insiden yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27hb lalu.
“UMIY mengecam sekeras – kerasnya tindakan terkeji ini sehingga mengorbankan nyawa seorang insan yang tidak berdosa.
“Namun kami juga berpendirian bahawa YB Senator Waytha Moorthy tidak seharusnya dijadikan Kambing Hitam di dalam kes melibatkan Kematian Adib mahupun rusuhan yang berlaku di kuil,” gabungan NGO itu berkata.
Dalam insiden ini, UMIY turut berpendapat bahawa Wathya Moorthy telah mengambil sikap tidak menyebelahi mana – mana pihak sama ada insiden membabitkan kuil mahupun kes melibatkan Adib.
“Justeru beliau tidak boleh dipersalahkan kerana insiden yang berlaku di kuil adalah disebabkan oleh Syarikat Pemaju dan pengurusan kuil yang telah berlaku sebelum pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan. UMIY berpendapat beliau telah menggalas tanggungjawab dengan penuh baik bagi memastikan keharmonian pelbagai kaum di negara ini terpelihara.
“Justeru UMIY menggesa agar kerajaan mempercepatkan proses undang – undang ke atas pesalah yang menyebabkan kematian Adib serta insiden yang berlaku di kuil tempoh hari.
“UMIY berharap agar YAB Perdana Menteri akan terus mengekalkan YB Senator Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk terus memberikan perkhimatan cemerlang kepada rakyat,” menurut UMIY.
Muhammad Adib cedera parah susulan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov lalu ketika bertugas dalam operasi memadam kebakaran di hadapan premis berkenaan.
Allahyarham meninggal dunia 9.41 malam 17 Dis di Institut Jantung Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan