KEADILAN DAILY
Kerajaan Selangor bakal memberikan bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri yang berjaya memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) mereka.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Amirudin Shari.
“Ketika saya mengumumkannya, bonus penjawat awam pada 2019 tidak akan diberi sama rata tetapi akan ditentukan berdasarkan KPI, tapi ada pihak yang menyatakan seolah-olah kerajaan negeri tidak menghargai penjawat awam kita.
“Namun, saya ingin tekankan bahawa ia adalah penghargaan kepada sejumlah besar kakitangan awam (Selangor).
“Bukan kami bersikap kejam (dengan mengenakan KPI dan syarat), kita perlu mempunyai semangat dan keinginan untuk berusaha supaya perubahan yang baik dapat berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada himpunan bulanan penjawat awam di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, semalam.
Kata Amiruddin lagi, nisbah itu juga bergantung kepada kedudukan kewangan dan perolehan kerajaan negeri.
“Beri (bonus) lebih daripada dua bulan kepada sesiapa yang mencapai gred tertentu dan pencapaian itu ditetapkan dalam KPI. Tahun lalu, bonus yang diberikan adalah dua bulan dan kami mahu melakukan yang lebih baik tahun ini,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu adalah Speaker Dewan Undangan Negeri, Ng Suee Lim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan