Oleh Tamrin Tun Ghafar
1. 'Siakap Senohong , Gelama Ikan Duri , Bercakap Bohong , Lama - Lama
Mencuri' - itulah ingatan orang tua - tua kepada anak - anak mereka.
2. Bukan ke UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dulunya dikenali
sebagai Perikatan telah memerdekakan negara daripada terus di kuasai
oleh penjajah 61 tahun yang lalu.
3. Bukan ke UMNO telah banyak
menabur bakti kepada rakyat khasnya kepada kita orang Melayu yang
ketinggalan dalam banyak bidang.
4. Bukan ke UMNO juga yang tak mahu melihat bangsanya menjadi pengemis di tanahairnya sendiri.
5. SEBENARNYA ÙMNO TIDAK BERSALAH.
6. Yang bersalah ialah mereka yang telah diberi mandat oleh ahli sebagai pemimpin mereka.
7. Pemimpin - pemimpin UMNO/BN yang menerajui Kerajaan telah menjalankan tugas TANPA AMANAH.
8. Diketuai oleh Najib dan Timbalannya , Zahid Hamidi, mereka merompak dan terus merompak harta negara yang dipunyai rakyat.
9. Ramai mereka yang menentang dipenjarakan dan didakwa di mahkamah - ini termasuklah diri saya sendiri.
10. Pegangan mereka 'Cash is King' rupanya salah.
10. Ada juga Pegawai - Pegawai Tinggi Kerajaan yang ditukar , di 'cold storage' dan diberhentikan kerja.
11. Mereka yang pandai 'menggampu’ dinaikkan pangkat , dibayar gaji dan
elaun yang begitu mewah ; asalkan mereka sedia mengikut telunjuk.
12. Pemakan - pemakan dedak pula diberi berbagai projek TANPA mengikut aturan dan peraturan yang sepatutnya.
13. Lebih buruk lagi projek - projek dan hartanah raksaksa dan bernilai
tinggi diberi kepada syarikat - syarikat gergasi dari China.
14.
Atas desakan Chua Soi Lek, Presiden MCA ketika itu , DEB atau Dasar
Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Tun Razak sekitar tahun 1972 ,
dihapuskan oleh anaknya , Najib, Perdana Menteri dan Presiden UMNO
ketika itu.
15. Begitu juga RUU 355 yang dicadangkan oleh PAS
ditangguhkan oleh Kerajaan UMNO / BN beberapa kali sehingga kalah
Pilihan Raya Umum pada hari Rabu 9hb Mei 2018.
16. Kebencian rakyat terhadap Najib , Rosmah , Zahid Hamidi dan juak - juaknya begitu membara.
17. Pilihan rakyat amat terbatas , buang Najib bermakna terpaksa buang UMNO/BN atau simpan UMNO bermakna simpan Najib.
18. Selepas UMNO/BN dibenamkan , rakyat menaruh harapan tinggi kepada 4
parti terdiri dari BERSATU , PKR , DAP dan AMANAH yang bergabung di
bawah satu lambang iaitu Pakatan Harapan atau PH.
19. Kerajaan
Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah dan Sabah bertukar tangan
dari UMNO/BN ke PH sedangkan Selangor dan Pulau Pinang telah jatuh lebih
awal lagi.
20. Memang rakyat sedar mereka yang diberi peluang
sama ada sebagai Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Politik dan
jawatan-jawatan lain termasuk jawatan Menteri - Menteri Besar adalah
muka baru yang kurang berpengalaman.
21. Rakyat tidaklah sezalim yang dianggap - 61 tahun rakyat bersabar tetapi setiap kesabaran itu ada batasnya.
22. Sehari dua ini negara digemparkan dengan sikap salah laku Timbalan
Menteri Luar Negeri yang juga baru diangkat sebagai Setiausaha Agung
Parti Pribumi Bersatu atau BERSATU yang katanya telah tidak berterus
terang tentang kelulusan akademik beliau.
23. Di Johor pula
Menteri Besar , Osman Sapian diminta membuktikan ijazah yang kononnya
telah diperolehi dari Universiti Putra Malaysia atau UPM.
24.
Setahu saya beliau yang pernah menggotai Partai Sosialis , telah bekerja
sebagai penjual atau salesman mesin Singer dan kemudiannya penjual
kereta Datsun; maka itu lah puncanya beliau punyai gelaran Man Singer
tapi dikalangan masyarakat Johor beliau lebih dikenali dengan panggilan
Man Datsun.
25. Beliau yang pernah bertugas dengan Tan Sri Mat
Rahmat (ALFATIHAH1) sebagai pembawa beg pernah diberi peluang bertanding
atas tiket UMNO sebanyak 2 penggal.
26. Begitu juga nasib malang PH di Perak.
27. Mengikut berita Menteri Besar Perak juga telah membohongi rakyat dengan sijil pelajaran yang dimilikinya.
28. Jika berita salah laku ketiga-tiga itu benar mereka patut memohon
maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat serta MENGUNDURKAN DIRI ; rakyat
sudah pasti akan menghormati mereka.
29. Sebalik jika mereka
lebih mementingkan diri dari parti (SELFISH) Perdana Menteri perlu
menggantikan mereka dengan orang lain.
30. Tun yang mengalakkan Dasar Pandang ke Timur PERLU menterjermahkan Dasar itu dalam erti kata sebenarnya.
31. JIKA PENIPUAN SEPERTI INI BERLAKU DI JEPUN , SUDAH PASTI MEREKA AKAN MELETAKKAN JAWATAN TANPA MENUNGGU DIPECAT.
32. Berita terbaru, Menteri Kesihatan Sepanyol, Carmen Menton telah
meletak jawatan secara sukarela, manakala Parlimen Iran pula memecat Ali
Kordan, Menteri Dalam Negeri.
33. Percayalah jika Tun tidak
bertegas , Pembangkang pasti akan menggunakan isu penipuan ini di
Pilihan Raya Kecil Semenyih nanti.
34. Ketiga - tiga mereka
adalah anggota parti BERSATU, justeru rakyat berharap Tan Sri Muhyiddin
Yassin selaku Presiden parti tersebut janganlah cuba melindungi mereka -
SALAH TETAP SALAH, mereka tidak lagi mahu mendengar alasan demi alasan
pucuk pimpinan parti.
35. JANGAN BIARKAN BEBERAPA TITIK NILA MEROSAKKAN SUSU SEBELANGA.
36. Jangan anggap perkara ini satu yang remeh.
37. Rakyat dahagakan kepimpinan yang bersih, ikhlas, amanah dan jujur.
38. KEPADA TUN, POTONGLAH JARI DAN KAKI PESAKIT KENCING MANIS ITU SEBELUM IA MEMBAWA MAUT.
39. JANGAN BIARKAN NASI MENJADI BUBUR.
40. Harap dapat dikongsi bersama mereka yang berkaitan.
Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan