HALAMAN SANTAI

Selasa, 12 Februari 2019

Cuba Langgar Muhyiddin, Kain Sendiri Terselak. Adakah Marzuki Bakal Letak Jawatan?


Marzuki Yahya atau lebih mesra dikenali sebagai Mat Kie tiba tiba bintang politik menjadi bergemerlapan,tenggelam apabila kalah semasa pemilihan jawatan ketua bahagian Umno,kemudian timbul pada saat PPBM mahukan peneraju dinegeri Pulau Pinang.

Menjadi Pengerusi Perhubungan PPBM di Pulau Pinang kemudian dilantik sebagai Setiausaha Agung PPBM. Kalah semasa PRU14 di Tasek Gelugor dengan majoriti tipis 80 undi kepada Shahbudin Yahya dari Umno.

Marzuki kemudian dilantik oleh Tun M sebagai Senator kemudian dilantik menjadi Timbalan Menteri Luar. Kemudian selera makin besar dan makin gelojoh dan mula melobi untuk jawatan menteri yang lebih kanan.Sasarannya adalah untuk menjadi Menteri Dalam Negeri.

Watak gelojoh didalam politik memang tidak akan bertahan lama,sudah pasti akan ditanam baik dari kawan mahu pun lawan.Tiba tiba kelulusan akedemik Marzuki dipersoalkan. Viral dimedia sosial mengenai ijazah Cambridge yang di katakan telah dibeli secara online.

Kem Muhyidin merasakan Marzuki perlu diajar untuk menghormati pemimpin yang lebih kanan didalam parti. Sikap gelojoh hingga sanggup melanggar Muhyidin merupakan satu kesilapan besar buat Marzuki. Kem Muhyidin tanam hidup hidup Marzuki dengan mendedahkan status akedemik palsu.

Yang pasti,Marzuki berjaya menjadikan Malaysia terkenal apabila berita ijazah palsu disiarkan oleh media di antarabangsa.Tun M pasti bangga bukan calang calang orang yang mampu membuat Malaysa terkenal.SH

Tiada ulasan: