HALAMAN SANTAI

Khamis, 14 Februari 2019

Dalam kaedah politik, Hadi restu saya nafi rakaman audio kata nik Abdul


Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini tampil mengakui rakaman audio yang dikaitkan dengannya sebelum ini.

Dalam kenyataan panjang di Facebook hari ini, Ahli Parlimen Bachok itu berkata penafiannya sebelum ini dibuat selepas pimpinan PAS berkeras agar beliau berbuat demikian.

Nik Abduh juga berkata keputusan untuk menafikan rakaman audio yang tular sekitar Mac tahun lalu itu mendapat restu Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

"Apabila saya merujuk kepada beberapa pimpinan parti yang sudah pun memahami isu ini dengan baik, mereka memutuskan agar saya menafikannya.

"Sengit juga saya enggan dan menolak, tetapi mereka berkeras meminta saya menafikannya. Fitnah mesti ditutup, itu hujah mereka.

"Saat itu, bahang PRU14 semakin terasa. Pakatan Harapan (PH) sedang bermaharajalela menyerang PAS dengan pelbagai fitnah sesudah mereka kehilangan punca untuk mencari kecacatan dan kesalahan PAS.

"PH hanya mampu bersenjatakan fitnah, senjata yang terlarang di dalam Islam dan PAS.

"Dalam kesukaran, saya memohon jawaban daripada tuan guru Presiden PAS. Segera Presiden PAS merestukan keputusan agar saya segera menafikannya. Saya akur dan gembira menerima mandat," katanya.

Untuk rekod, Nik Abduh sebelum ini menafikan rakaman audio yang didakwa mengandungi pengakuan penerimaan dana dari Umno itu, dengan beberapa pimpinan PAS turut mendakwa ia bukan suara Nik Abduh.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan semalam mengesahkan rakaman audio itu mengandungi suara anggota parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Tiada ulasan: