“Saya tunggu dia datang Tesco Semenyih semalam.
“Nak aiskrim, nak biskut, semua ada. Tapi dia tak muncul-muncul,” katanya.
Najib turut menyiarkan video KiniTV yang memaparkan Azmin sebagai memberitahu hadirin bahawa beliau sedang menunggu untuk melihat apakah Najib akan datang ke Semenyih.
Bercakap pada majlis pelancaran Bilik Gerakan Wanita Pakatan Harapan di Semenyih pada malam Isnin lalu, Azmin berkata pengundi Melayu di kawasan pilihan raya kecil itu tidak akan terpengaruh dengan kempen "bossku" Najib berbanding dengan mereka di Cameron Highlands.
Menteri hal ehwal ekonomi itu juga menggambarkan Najib sebagai "pencuriku" dan mencabar bekas perdana menteri itu untuk berkempen pada pilihan raya kecil Semenyih yang dijadualkan pada 2 Mac ini.
"Melayu di Semenyih tidak sama seperti di Cameron Highlands. Mereka bukan 'Melayu' pekan.
Sebab itu saya mahu lihat jika 'bossku' datang sini atau tidak," kata Azmin yang mengatakan akan mendedahkan Najib sebagai pencuri pada PRK berkenaan.
Najib semasa program Jom Santai Bersama Bossku di sebuah pasar raya di Semenyih, semalam berkata beliau adalah "pencuri hati rakyat".
Kerusi DUN Semenyih kosong selepas kematian penyandangnya dari Bersatu, Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Jan lalu.
Penamaan calon ditetapkan Sabtu ini, manakala hari mengundi awal pada 26 Feb dan pengundian pada 2 Mac.
LIHAT TWITTER DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan