HALAMAN SANTAI

Selasa, 12 Februari 2019

KES 90 JUTA : USAHA PH GUGAT UMNO – PAS



Wartawan Watan-Online

 
Tuduhan konon UMNO memberi wang RM90 juta kepada PAS sebenarnya hanyalah cubaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melemahkan kerjasama kedua-dua parti.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, PH berusaha untuk melemahkan kekuatan kerjasama yang terjalin antara UMNO dan PAS yang dilihat bakal membawa kemenangan kepada UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih kelak.

Zahida berkata PH gentar melihatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRK Parlimen Cameron Highlands lalu.

“Jangan gentar serangan mereka. Kita teruskan perjuangan hingga PH tumbang,” ujar beliau menerusi laman sosial twitter pada Sabtu.

PRK DUN Semenyih yang dijangka berlangsung pada 2 Mac ini dibuat berikutan kematian penyandangnya, Mohd Bakhtiar Mohd Nor dari PPBM pada Januari lalu.


Tiada ulasan: