HALAMAN SANTAI

Selasa, 12 Februari 2019

Sedarlah Hakikat Pelangi Hanya Seketika Sahaja

Oleh Mohd Sayuti Omar



Semalam PM telah mengumumkan anggota Majlis Tindakan Ekonomi (Economic Action Council). Sejak Dr Mahathir mengumumkan pembentukkan majlis ini orang menunggu untuk melihat apakah kesannya kepada pemulihan ekonomi negara.

Yang paling diharapkan ialah mengenai nasib orang Melayu luar bandar, yang masih belum terbela setanding dengan janji-bual PH. Program ekonomi yang dikemukakan kerajaan dilihat tidak membantu secara langsung orang Melayu.

Keadaan ini menjadikan orang Melayu mulai sangsi kepada kemampuan kerajaan. Natijahnya sudah ada kritikan dan rasa mual kepada kerajaan.

Mungkin kerajaan menyedari akan permalasahan ini, maka majlis itu dibentuk. Pun begitu keraguan sejauh mana majlis itu berperanan dan dapat menghuraikan permasalahan mereka, masih menjadi tanda tanya, apabila diperhatikan kepada anggotanya terdiri daripada pakar-pakar ekonomi di zaman feudal dan tidak ada muka baru yang dapat mewakili suara rakyat masa kini.

Antara anggota itu ialah, Rafidah Aziz, Zetty Aktar Aziz, Munir Majid dan juga Hasnita Hashim, anak Siti Hasmah Mohd Ali, disamping Dr Mahathir, Azmin Ali, Guan Eng, Baru Bian dan Ignatius Darell Leiking.

Dalam majlis ini tiada seorang pun orang muda diambil kira. Sebenarnya keberadaan orang muda dalam majlis seperti ini penting untuk menyampaikan mesej dan keperluan naluri orang muda. Tanpa orang muda permasalahan orang muda tidak akan ke mana. Kenapa Rafizi Ramli salah seorangnya tidak dibawah masuk? Orang muda juga ada teori ekonomi sendiri.

Melihata kepada peranan dimainkan oleh Rafizi sebelum ini yang banyak mendedahkan kepincangan pengurusan ekonomi dan kewangan, sewajarnya beliau berada sama dalam majlis berkenaan. Sikap vokalnya boleh menjadi suara rakyat bawahan menuntut hak. Ideanya untuk mewujudkan koperasi rakyat salah satu solusi terbaik untuk menambah baik ekonomi rakyat luar bandar.

Kemunculan muka-muka tua dalam majlis ini, sudah tidak sesuai untuk mengenali masalah rakyat bawahan secara realistik. Negara mendatang diwakil generasi pascara mereka. Zetti dan Rafidah misalnya, lebih kepada melihat angka dan data masalah sosial ekonomi rakyat, tetapi tidak menghayati sendiri akan penderita dan keperluan masyarakat Melayu luar bandar. Jadi macam mana mereka dapat merangka pelan ekonomi berkesan?

Teori ekonomi yang diguna pakai oleh Rafidah dan Zetti termasuk Dr Mahathir juga sudah pun melapuk. Kerencaman dan masalah ekonomi hari ini bukan sama dengan zaman mereka lagi. Hakikat keindahan cahaya pelangi akan hilang jua selepas beberapa ketika terbentang di langit. Harus faham.

Lantaran itu majlis itu tidak akan ke mana pun, Dr Mahathir masih terus membawa lagu lama dengan gendang dan persembahan cara lama. Tampaknya impian untuk melihat kerajaan PH, dinamik dan Malaysia berubah lanskap dan sistem pentdbiran baru tidak akan ke mana.

Kekecewaan ini akan berpanjang dan sehinggalah ia terjawab apabila Dr Mahathir bersedia untuk melepaskan kepada Anwar Ibrahim baru kita dapat melihat stail dan rentak dan irama baru kerajaan.

Kemalapan cahaya kerajaan PH ini sangat dinanti moga ianya akan diterangkan oleh Anwar. Trims. 
 
 

Tiada ulasan: