KUALA
LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari diberitahu mantan Yang di-Pertuan Agong
(YDPA) merangkap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pernah
murka sehingga bertindak menggantung penerbitan bon Nota Jangka
Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM5 bilion pada Mei 2009.
Itu
kata saksi ke-9 perbicaraan kes berprofil tinggi, 1Malaysia Development
Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang juga merupakan
bekas Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA)
yang kemudiannya ditukar nama kepada 1MDB.
Kata
Shahrol, Sultan Mizan juga bertitah untuk menandatangani satu resolusi
menggantung tugas dan kuasanya sebagai CEO TIA dan sesiapa sahaja yang
menjalankan tugas-tugas CEO TIA.
Resolusi
itu ditandatangani agar tidak ada sesiapa membuat apa-apa keputusan
atau urusan berkaitan dengan program IMTN pada masa tersebut.
“Sekitar
22 Mei 2009, saya terima panggilan secara mengejut dari Istana
Terengganu meminta saya dan Tan Sri Ismee menghadap Sultan Mizan dengan
segera.
“Saya
dan Tan Sri Ismee sebaik sampai ke Istana Terengganu, kami dibawa ke
bilik mesyuarat baginda Tuanku Mizan dan adindanya, Tengku Datuk Rahimah
Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah (Pengarah TIA) juga
datang.
“Baginda
kemudian menunjukkan dokumen resolusi yang telah sedia ditandatangani
oleh Tengku Rahimah dan menitahkan agar saya menandatanganinya.
“Seingat saya, baginda bertitah please sign this resolution, you can read it if you want. Saya tergamam dan dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan intonasi Tuanku Mizan yang nampak murka.
“Saya
membaca cepat-cepat resolusi itu dan saya dapati ia melibatkan isu IMTN
yang diarahkan untuk digantung dan terbitan IMTN ditangguhkan sehingga
syarat-syarat yang tertera dalam resolusi ini telah dipatuhi.
“Saya
sebenarnya terkejut kerana sebelum itu Jho Low memaklumkan kepada saya
Tuanku Mizan tiada halangan untuk meneruskan terbitan IMTN ini. Kali
pertama saya dengar pihak Tuanku Mizan meletakkan syarat terhadap
terbitan IMTN ini.
“Jho
Low sendiri sebagai penasihat dan fasilitator kepada Tuanku Mizan dan
Najib tidak pernah memaklumkan syarat tersebut. Saya tidak tahu punca
sebenar perbalahan antara pemegang amanah TIA pada masa itu,” katanya
ketika membaca penyataan saksi hari ini.
Sambung Shahrol, Tengku Rahimah ada menggunakan perkataan unsavoury character (seseorang yang tidak disenangi).
“Tengku Rahimah ketika kami (beliau dan Ismee) berada di Istana Terengganu ada menggunakan frasa unsavoury character tetapi saya tidak pasti frasa ini merujuk kepada siapa,” jelasnya. –MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan