HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 September 2019

Desak pihak IJN dan Dr. Ahmad Hafizan mohon ampun kepada Cik Miera

Tun Carlos
 


Cik Miera adalah seorang jururawat yang mengatakan Doktor berbohong mengenai kecederaan Muhammad Adib pada bulan Mac lalu.

Dia memuat naik paparan di facebooknya setelah berasa sedih dengan laporan berita berkenaan keterangan Dr Ahmad Hafizam itu kerana melihat kesedihan yang ditanggung keluarga, tunang dan rakan2 sekerja Muhammad Adib sepanjang dirawat di IJN.

Dr Ahmad Hafizam dalam keterangannya di mahkamah, berkata status dalam akaun Facebook yang dikenali sebagai Cik Miera itu menyebabkan beliau berdepan dengan cacian dan dianggap berbohong berkenaan pandangannya bahawa corak kecederaan yang dialami anggota bomba itu tidak padan dengan kecederaan dipukul.

Cik Miera atau namanya Siti Syafika Amira, sudah enam tahun bertugas sebagai jururawat, dia diarahkan untuk membantu doktor bagi memasang alat bantuan pernafasan (ECMO) di tubuh Muhammad Adib pada 28 November tahun lalu.

Akibat dari status Fb jururawat itu, dia telah dipanggil ke Mahkamah untuk diambil keterangan. Dipercayai oleh kerana tekanan yang dihadapi, Akhirnya Cik Miera terpaksa meminta maaf pada Doktor tersebut.

Pada ketika itu juga, Cik Miera juga diberi tekanan oleh Ahli Parlimen PKR Kangar melalui whatsapp.

Tapi harini terbukti di Mahkamah Koroner Shah Alam, Muhammad Adib memang mati dipukul oleh lebih dari 2 orang.

Dr. Ahmad Hafizam dan pihak atasan IJN harus memohon maaf kepada Cik Miera. Terbukti jururawat ini lebih berintegriti.

Kami rakyat Malaysia terhutang budi pada Cik Miera.

Tiada ulasan: