HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 September 2019

Adib mati kerana jenayah, Pemuda PAS desak pecat peguam negara


SHAH ALAM, 27 Sept — Pemuda PAS menggesa Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas meletak jawatan susulan keputusan Mahkamah Koroner hari ini.

Naib ketuanya berkata keputusan inkues yang mendapati Muhammad Adib Mohd Kassim dipukul mengembalikan keyakinan terhadap sistem kehakiman negara.

“Berdasarkan keputusan inkues hari ini yang memutuskan kematian Adib satu jenayah, kami meminta peguam negara dipecat atau sekurang-kurangnya dicutikan sehingga keadilan bagi pihak Adib dicapai.

“Kedua, peguam negara tidak perlu menyemak semula atau merayu keputusan inkues,” kata Ahmad Fadhli Shaari kepada pemberita hari ini.

Mahkamah Koroner hari ini memutuskan kematian Adib tahun lepas akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Koroner Rofiah Mohamad menyampaikan keputusan itu selepas 41 hari inkues yang melibatkan 30 saksi sejak Februari lepas.

Tiada ulasan: