Reaksi
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang
berjalan sambil berpimpin tangan dengan balu Allahyarham Mejar Zahir
Armaya, Nour Shafinar Harun selepas melewatnya di RKAT Kem Wardieburn
Setapak, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL
KUALA LUMPUR – Balu Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya menyeru
orang ramai supaya menghentikan spekulasi liar berhubung kematiannya
suaminya.
“Apa yang terjadi ini adalah kemalangan dalam latihan. Itu saya redha
dengan pemergian arwah. Saya tak naklah individu-individu luar ini
mengaitkan apa-apa pasal arwah. Dalam ketenteraan ini saya faham
situasi.
“Saya mohon itulah bila dibangkit-bangkitkan yang bukan-bukan kesian
arwah dalam kubur. Orang dah tiada, yang saya boleh sampaikan saya redha
dengan pemergian arwah,” kata Nour Shafinar Harun kepada pemberita
ketika ditemui di sini hari ini. Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bertanya khabar
kepada balu Allahyarham Mejar Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun (kanan)
sewaktu melawatnya di RKAT Kem Wardieburn Setapak, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL
Menurut Nour Shafinar lagi, dia redha dengan nasibnya itu dan menganggap ia sebagai ketentuan ilahi.
Sebelum ini, timbul pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen
berhubung kematian Allahyarham yang cuba dikaitkan dengan Prosedur
Operasi Standard (SOP) pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila
menggunakan peluru hidup semasa mengadakan latihan.
Perkara itu menjadi perbualan hangat sehingga ada yang cuba menyalahkan ATM dalam insiden yang meragut nyawa Allahyarham
Terdahulu, Nour Shafinar menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Rumah Kelamin Angakatan Tentera
di Kem Wardieburn di sini.
Nour Shafinar turut menzahirkan kesyukuran dan rasa terharu di atas
kesudian Wan Azizah meluangkan masa melawat dirinya bersama anak-anak
serta mensihati agar terus tabah mengharungi kehidupan mendatang selain
turut lega apabila kerajaan menghargai jasa arwah meskipun telah
meninggal dunia.
Dalam kejadian pagi 4 September lepas, Mohd. Zahir yang juga
merupakan anak pengarah dan pelawak terkenal, AR Badul tertembak oleh
rakannya sendiri dalam jarak lingkungan lima meter menggunakan senjata
api semasa demonstrasi latihan di Kem Lok Kawi, Sabah. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan