Harga runcit petrol RON97 naik 14 sen kepada RM2.67 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini.
Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut masing-masing sepatutnya RM2.37 seliter dan RM2.32 seliter.
Kenaikan harga minyak dunia dipercayai ekoran kejadian serangan terhadap dua loji minyak di Arab Saudi pada 14 Sept lalu yang telah menjejaskan pengeluaran dan eksport minyak negara itu.
Berdasarkan pengekalan harga runcit RON95 dan diesel itu, anggaran subsidi petroleum yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 21 hingga 27 Sept adalah berjumlah RM123.16 juta.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan