HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 September 2019

RM16 bilion aset negara dijual tapi hutang tak turun

Wartawan MalaysiaGazette
MGF25082019_IKATAN_01
Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Sehingga hari ini, penjualan aset-aset negara dianggarkan melebihi RM16 bilion namun menghairankan kerana hutang negara masih meningkat.

Berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia, hutang negara pada akhir tahun 2017 adalah sebanyak RM 687 billion dengan peningkatan sebanyak 5.92 peratus berbanding akhir tahun 2016.

Setelah Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan negara dan Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan, hutang negara meningkat kepada RM 741 billion pada akhir tahun 2018 dengan kadar peningkatan sebanyak 7.89 peratus.

Setelah kerajaan membuat pinjaman Bon Samurai, hutang negara pada suku kedua tahun 2019 adalah RM 799 billion dengan peningkatan sebanyak 10.19 peratus.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) Shahir Adnan berkata, jumlah itu merupakan peningkatan hutang tertinggi negara dalam tempoh 10 tahun, sekali gus menunjukkan ekonomi negara berada dalam keadaan yang amat tenat.

Beliau berkata, tidak mustahil hutang negara akan meningkat melebihi RM 800 billion pada akhir tahun 2019.

“Keadaan ini juga bakal merealisasikan kenyataan Lim Guan Eng yang mengatakan hutang negara adalah RM 1000 billion atau RM 1 trillion,” katanya di sini.

DPIM juga menyeru rakyat jangan lupa akan susah payah yang terpaksa tempuhi ini sehingga PRU-15 dek kecelaruan yang ditimbulkan oleh pimpinan Pakatan Harapan.

Lantaran itu, katanya, rakyat boleh menghukum kealpaan pimpinan Pakatan Harapan yang leka dengan kerakusan politik mereka hari ini. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: