Ada maklumat wang kertas negara ini dipercayai mengandungi lemak babi.-gambar hiasan.
BANGI – Seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) mendakwa
beliau mendapat maklumat wang kertas di negara ini dipercayai
mengandungi lemak babi.
Menurut Prof Dr. Zhari Ismail daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi
USM, maklumat itu diperoleh daripada pemain industri itu sendiri yang
mendakwa ada menggunakan lemak babi dalam proses menghasilkan wang
kertas negara.
“Ada penggunaan lemak babi dalam pembuatan percetakan wang kertas.
Ini kita perlu berita rasmi yang laporan mengenai perkara ini, jadi ini
dakwaan dan kita kena ada pengesahan bahawa dakwaan itu benar atau
tidak.
“Kalau tanya orang yang terlibat dalam pencetakan wang kertas, memang
mereka guna lemak babi,” katanya kepada MalasyiaGazette hari ini.
Zhari berkata demikian setelah menjadi ahli panel dalam program
Diskusi Isu-isu Syariah ‘Vaksin menurut Islam’ di Universiti Kebangsaan
Malaysia hari ini. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Zhari Ismail. foto SYAFIQ AMBAK
Katanya perkara itu turut tersebar menerusi media sosial, baru-baru ini.
Zhari yang juga Ahli Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berkata,
pihaknya telah memanjangkan perkara ini kepada Bank Negara Malaysia
(BNM) untuk tindakan lanjut.
Katanya, BNM kini sedang dalam kajian mengenai dakwaan itu.
“Oleh kerana itu kita mendapatkan reaksi daripada Bank Negara Malaysia (BNM), sekarang mereka kata sedang dikaji,” katanya.
Justeru itu, beliau menasihatkan agar sampel wang kertas Malaysia
dihantar untuk proses kajian di makmal kerana perkara sama pernah dibuat
kertas dolar Amerika Syarikat.
Malah hasil kajian itu turut memeranjatkan kerana terdapat DNA babi dan kuman e-coli di dalam wang kertas berkenaan.
“Kes terdapatnya DNA babi dalam wang kertas kita, kalau kita sampelkan dan hantar kepada makmal.
“Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia namun di Amerika Syarikat pun
mereka telah kumpul wang kertas mereka daripada orang ramai dihantar ke
makmal universiti untuk melihat apa yang ada pada wang kertas mereka,”
katanya lagi.
MalaysiaGazette sedang mendapatkan maklum balas BNM mengenai dakwaan ini. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan