PAS menyatakan rasa kasihan terhadap Presiden PKR, Anwar Ibrahim, yang kerap kali mengulangi kenyataan berhubung “bakal perdana menteri”.
Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah berkata, adalah lebih baik Anwar berdiam diri daripada bercakap mengenai jawatan itu bagi mengelak pelbagai tafsiran.
"Kalau saya lebih baik dia (Anwar) diam sajalah, kalau dia yakin akan jadi perdana menteri, dia tunggulah.
"Kalau cakap banyak, orang tafsir macam-macam. Jadi saya kasihan juga pada dia," katanya kepada media selepas menghadiri majlis solat hajat dan ceramah motivasi Sekolah Menengah Agama Tarbiyah Mardhiah, Panchor, di Kota Bharu, semalam.
Terdahulu, Anwar yang juga anggota Parlimen Port Dickson dalam satu ditemu bual dengan Bloomberg berkata, beliau akan mengambil alih jawatan perdana menteri sekitar Mei 2020.
Beliau dilaporkan berkata, tidak akan terlalu cerewet mengenai tempoh tepat pengambilalihan tersebut.
"Saya tak nak komen apa-apa lah. Kalau dekat pilihan raya bolehlah kita komen, pilihan raya pun tak tahu bila lagi," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan