HALAMAN SANTAI

Sabtu, 21 September 2019

Buih misteri timbul di Sungai Skudai?

Ibrahim Isa
 
 

KERAJAAN negeri menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor memantau penemuan pembentukan buih oleh orang awam di aliran Sungai Skudai sekitar jam 10.30 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata, sebaik menerima maklumat itu, pihaknya meminta JAS Johor segera melakukan siasatan di lokasi.

Katanya, sehingga kini JAS memantau aliran sungai berkenaan dan mendapati kejadian hanya berlaku di kawasan berhampiran jambatan menghubungkan Johor Bahru menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

“Pemeriksaan mendapati, tiada sebarang pembentukan buih ditemui di hilir sungai.

“Saya difahamkan, anggota dan pegawai JAS masih berada di lokasi dan berusaha mengenalpasti punca pembentukan buih menerusi pengambilan bacaan di situ.

“Makluman awal mendapati, bacaan paras ammonia meningkat tinggi berikutan cuaca kering yang merencatkan pencairan (dilution) air sungai berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurut Tan, pihaknya akan memaklumkan perkembangan siasatan kepada umum dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan: