KUALA LUMPUR – Sebanyak 57 buah sekolah di daerah Kuala Langat dan
Klang, Selangor akan ditutup esok berikutan bacaan IPU melebihi 200
pada pukul 3 petang ini.
Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, penutupan sekolah itu membabitkan 68,025 pelajar,
Tambahnya, bagi sekolah di kawasan bacaan IPU melebihi 100 diingatkan supaya menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah.
“Aktiviti keramaian/sukan di luar bangunan hendaklah ditangguhkan,” kata kenyataan itu.
Sekolah di negeri itu juga diingatkan untuk ditutup serta merta jika bacaan IPU di kawasan mereka melebihi 200 dan melaporkannya kepada Pejabat Pendidikan Negeri (PPD) dan Jabatan Pendidikan negeri (JPN). – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan