Pertelingkahan antara Sunni dan Syiah disebabkan percaturan politik
dan bukannya semata-mata soal akidah, kata Dr Ahmad Farouk Musa.
Pengerusi
Islamic Renaissance Front (IRF) itu berkata, pertelingkahan membabitkan
isu akidah dua aliran ini tidaklah begitu ketara.
"Pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam adalah disebabkan politik 'pengkhalifahan'.
"Ia
bukan sangat pertelingkahan akidah, tetapi pertelingkahan politik.
Revolusi Iran pada 1979, sikap Syiah pada masa itu lebih menyendiri dan
ketika itu konflik memuncak," katanya pada forum "The future of the
ummah, voices of unity and harmony" di ibu negara, hari ini.
Turut
bertindak sebagai ahli panel, Presiden International Movement for a
Just World (Just), Dr Chandra Muzaffar dan Prof Dr Syed Farid Alatas
dari National University of Singapore.
Pada
tahun 2013 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan semua
ajaran Syiah di negara ini adalah menyeleweng daripada pegangan ahli
sunnah wal jamaah dan hukum syarak.
Menurut Jakim, berdasarkan
kajian dijalankan pihaknya, aliran Syiah Imamiyyah Ithna 'Ashariyyah
atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan revolusi
Iran.
Jelas Jakim lagi, ajaran Syiah yang diamalkan pengikut di
Malaysia sehingga kini adalah aliran Imam Dua Belas yang bercanggah
dengan ajaran Islam.
Dalam pada itu Ahmad Farouk berkata, ulama
besar dunia termasuk dari Al-Azhar, Mesir pernah cuba mengadakan
pertemuan membabitkan Sunni dan Syiah bagi mendamaikan dua kumpulan ini.
Perlu fahami geopolitik
Katanya,
pihak yang ingin mengkritik Syiah perlu memahami geopolitik dan tidak
hanya melihat kumpulan itu mahu membunuh puak Sunni.
"Ia umpama
(dikatakan Presiden Syria) Bashar al-Assad mahu membunuh Sunni, wal hal
askar-askar Bashar adalah Sunni," katanya lagi.
Pandangan
sama turut disuarakan Chandra yang mendakwa pertembungan antara puak
Sunni dan Syiah di negara Timur Tengah adalah percaturan politik kuasa
besar dunia.
Beliau berkata kuasa-kuasa besar dunia ingin menguasai hasil bumi di negara teluk itu yang kaya dengan petroleum.
Dalam Syiah ada yang sesat, begitu juga Sunni'
Sementara
itu, Syed Farid turut mengulas mengenai penganiayaan Syiah di Malaysia
apabila ajaran ataupun fahaman itu diharamkan secara mutlak.
"Haramkan
Syiah atau kafirkan Syiah secara total adalah terkeluar daripada
tradisi Sunni. Ada (penganut) Syiah tertentu yang sesat, menyeleweng
daripada ajaran rasmi mereka, begitu juga Sunni ada yang begitu.
"Kita
tidak terima penganiayaan terhadap Syiah di Malaysia, kita mahu hidup
bersama. Kalau rakyat kata begitu esok Umno dan Pakatan Harapan (PH)
akan perjuangkan Syiah," katanya.
Tambahnya lagi, Syiah yang merupakan kumpulan minoriti Islam di negara ini harus diberi kebebasan mengamalkan fahaman mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan