HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 September 2019

Peperiksaan Kafa esok ditunda ke 7 Okt




Gambar Bernama.
 
KUALA LUMPUR: Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2019 bagi subjek bertulis Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang dijadualkan di seluruh negara esok ditangguhkan ke 7 Okt depan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan malam tadi berkata penangguhan itu bagi menghormati perkabungan kemangkatan Sultan Kelantan ke-28 Sultan Ismail Petra semalam.

“Jakim merafak sembah setinggi-tinggi ucapan takziah dan rasa dukacita terhadap Sultan Muhammad V, ahli-ahli kerabat diraja Kelantan dan seluruh rakyat Kelantan atas kemangkatan Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra.

“Berikutan pengisytiharan kerajaan negeri Kelantan bahawa 29 dan 30 Sept 2019 sebagai cuti peristiwa, Jakim memutuskan peperiksaan UPKK 2019 bagi subjek bertulis Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang dijadual pada 30 Sept 2019 (Isnin) ditangguhkan ke 7 Okt 2019 (Isnin).

Tiada ulasan: