Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyalahkan bekas perdana menteri Najib Razak kerana menyebabkan negara menanggung hutang RM1 trilion sehingga memaksa Khazanah menjual asetnya.
Beliau mendakwa hutang RM 1 trilion itu berpunca akibat wang negara telah dicuri.
"Kamu mesti ingat yang kerajaan sebelum ini pinjam lebih RM 1 trilion (hutang) itu adalah satu beban kepada kita. Kerana mereka pinjam dan wang tidak dilaburkan tetapi disembunyi dan dicuri.
"Jika wang itu dilaburkan, kita boleh pergi ke syarikat itu atau apa sahaja untuk mendapatkan kembali wang itu, tetapi kita tidak tahu di mana wang itu.
"Pada masa ini kita perlu bayar (hutang) daripada cukai, semua kita jual aset untuk bayar hutang kita. tulah beban yang ditinggalkan oleh Najib," kata pengerusi Khazanah itu kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau juga menyelar Najib kerana mengkritik secara terbuka langkah kerajaan Pakatan Harapan PH) menjual saham Khazanah.
"Dan sekarang sudah tentu dia bercakap banyak tapi semua perkara ini termasuk beli kapal dari China, bukan keputusan kita," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan