HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 September 2019

Agamawan Yang Tidak Berpolitik


1) DrMAZA mengambil masa 1 tahun 3 bulan 22 hari untuk faham kenapa pembangkang terutama PAS membantah perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguan Negara.

2) Perlantikan Peguam Negara bukan sahaja kita kena lihat dari sudut logik perundangan semata-mata. Bukan juga semata-mata dijustifikasi dengan hujah agama yang terpilih. Ia perlu dilihat dari sudut dunia politik yang penuh konspirasi dan tipudaya juga.

3) Dalam Malaysia ini, ada yang melihat sesuatu isu penting dengan kacamata agama semata-mata. Ada pula yang memandang dari kacamata politik semata-mata. Sangat sedikit yang faqih agama dan faqih silat-silat politik serentak.

4) Yang faqih politik tanpa faqih agama, akan memanipulasi apa sahaja untuk kepentingan diri dan kuasa. Yang faqih agama tanpa faqih politik, akan diperalat oleh orang politik yang licik. Sebab itulah orang politik yang licik sangat tidak sukakan agamawan yang faqih agama, pada masa yang sama faqih permainan politik. Agamawan jenis ini akan mengganggu kerja-kerja licik mereka.

5) Jadi, tidak hairan DrMAZA selaku agamawan yang tidak mahu terlibat dengan politik, akhirnya terlambat memahami gerak-gerak politik, dan memberi sokongan yang tidak kena pada tempatnya. Mungkin termakan dengan hujah-hujah 'bagus' orang politik, dan mungkin tidak mahu menampakkan diri sebagai jumud atau rasis.

6) Tapi tak mengapa. Orang kata, better late than never. Masih ramai lagi umat yang tidak mampu nampak logiknya keperluan menolak Tommy sebagai Peguam Negara. Terutama golongan mahacai. Sadis.

Tiada ulasan: