Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
Menteri PH jika keluar kenyataan langsung tak fikir rakyat majoriti
BANGI– Majoriti netizen menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa melepaskan jawatan, susulan kegagalan
mempertahankan maruah agama Islam serta sering dilihat menimbulkan kekeliruan
dalam isu berkaitan Islam.
Tinjaun
Ismaweb mendapati, rata-rata pengguna media sosial muak dengan sikap Mujahid
sekali gus bersetuju menteri yang memegang jawatan menjaga portfolio hal ehwal
agama Islam itu meletakkan jawatan.
“Tidak
layak langsung jadi menteri agama. Tindak tanduknya buat umat Islam pening!”
demikian tulis Razz Abd di akaun Facebook.
Seorang
pengguna laman sosial Facebook dikenali sebagai Wzakiah Wishak menggesa Mujahid
wajib letak jawatan berikutan pengetahuan agamanya amat cetek dan tidak layak
diangkat sebagai menteri agama.
“Ada
pun menyusahkan rakyat buat apa, agama sendiri tidak jaga, sibuk jaga agama
bangsa lain,” tulis Aji Amin.
“Setuju.
Makin lama dia pegang menteri haji (menteri agama) makin banyak agama Islam
dipermainkan dan diputar belit oleh menteri,” kata Zakaria Mustafa.
Atas
alasan kegagalan Mujahid menjalankan tugas beliau dengan baik, Md Nazrun
menyarankan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melantik menteri di
kalangan pemimpin yang lebih berwibawa dan memelihara agama Islam.
“Itulah
puncanya banyak Pilihan Raya Kecil (PRK) kalah. Menteri-menteri Pakatan Harapan
(PH) bercakap langsung tidak fikir hati rakyat majoriti,” kata Shahril Nasir.
Baru-baru
ini, Mujahid kembali mencetuskan kontroversi kerana mempertahankan pertubuhan
radikal Cina, Dong Zong yang didakwanya bukan pertubuhan rasis, selepas
pertemuannya dengan kumpulan pendesak Cina itu Rabu lalu.
Kenyataan
Mujahid ternyata dikritik pelbagai pihak, kerana jelas bertentangan dengan
pendirian Dr Mahathir sebelum ini yang menyifatkan Dong Zong sebuah pertubuhan
rasis.
Kenyataan
kontroversi seumpama itu bukanlah pertama kali dibuat oleh menteri agama
berkenaan, sebaliknya sebelum ini pernah beberapa kali mengeluarkan pendirian
yang ‘janggal’ bagi umat Islam.
Ia
termasuklah kenyataan yang membenarkan golongan transgender menggunakan tandas
wanita, isu membabitkan etnik muslim Uyghur di Xinjiang, hujahnya yang
menentang kempen Beli Produk Muslim (BMF) dan gesaan tindakan tegas ke atas
pekeliling mengharamkan pesta ponggal dirai di sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan