HALAMAN SANTAI

Isnin, 20 Januari 2020

PH patut tegur ultra kiasu celupar, bukan biarkan

tyrazalhe

 

Jangan pinggir Islam, hak istimewa Melayu, Bumiputera: Ridhuan Tee

 

BANGI – Pakatan Harapan (PH) perlu menegur dan mengambil tindakan terhadap mana-mana ultra kiasu yang celupar menghina serta mempermainkan institusi-institusi yang termaktub dalam Perlembagaan jika mahu kekalkan sokongan.

Penceramah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, perubahan yang cuba dilakukan dengan perlakuan jelik serta kenyataan pemimpin politik parti itu, menjadikan rakyat semakin bosan dan meluat.

Justeru, jika PH mahu terus berkuasa, beliau menasihatkan parti berkenaan supaya tidak kesampingkan Islam, hak istimewa Melayu dan Bumiputera, bahasa Melayu serta Raja-Raja Melayu, yang diibaratkan seperti darah daging kepada rakyat majoriti di negara ini.

“Bagi Bumiputera Sabah dan Sarawak, hak mereka, identiti mereka dan tanah-tanah mereka, mungkin jauh lebih penting.

“Lihat perancangan ultra kiasu untuk kesampingkan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Sedangkan Bumiputera inilah yang mempertahankan Sabah dan Sarawak daripada cengkaman penjajah,” katanya dalam tulisan di ruangan kolumnis Ismaweb.net, hari ini.

Ridhuan Tee berkata, jika difikarkan, hampir tiada sumbangan ultra kiasu di Sabah dan Sarawak dalam menuntut kemerdekaan kedua-dua negeri itu.

“Bila ultra kiasu ternyata begitu celupar membangkitkan, tegur mereka atau ambil tindakan. Bukannya dibiarkan begitu sahaja. Begitu juga kenyataan-kenyataan seperti, tanah Melayu, tanah Hindu, Melayu adalah pendatang dan banyak lagi.

“Sehingga ke hari ini, rakyat masih lagi mencari jawapan, apa beza ketika berada dalam pemerintah BN dengan PH. PH begitu melaung-laungkan soal integriti, menentang kroni, rasuah dan sebagainya. Rakyat marhaen seperti saya mahu melihat apakah perkara-perkara yang dijanjikan itu benar-benar dilaksanakan?,” katanya.


Tiada ulasan: