Kesemua enam wakil PKR dalam Majlis Presiden PH mesti
membawa suara yang sama semasa membincangkan isu peralihan kuasa
daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
"Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini membuat ketetapan bahawa semua wakil PKR hendaklah membawa suara yang sama seperti keputusan parti," katanya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu menambah, pendirian PKR mengenai calon perdana menteri adalah jelas, iaitu Anwar.
Justeru, katanya, semua wakil PKR dalam Majlis Presiden PH mesti senada membawa ketetapan parti semasa membincangkan hal berkenaan.
"Seperti yang diketahui umum, calon perdana menteri akan datang ialah Anwar dan ini telah dipersetujui sejak Jan 2018 lagi,” katanya.
Peralihan aman, teratur
Dalam
pada itu, Saifuddin berkata, mereka yang dilantik mewakili parti juga
tidak boleh membawa suara peribadi dalam Majlis Presiden PH sebaliknya
kekal dengan pendirian parti yang memilih Anwar sebagai pengganti
Mahathir sebagai perdana menteri.
Semalam, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mengingatkan agar pihak yang menggesa peralihan kuasa perdana menteri mengutamakan kepentingan negara dan bukannya individu.
Meskipun tidak menyebutkan nama tertentu, Azmin dipercayai merujuk kepada cadangan beberapa ahli parlimen PKR agar peralihan kuasa dilakukan pada Mei tahun ini.
Mahathir sendiri sebelum ini telah menyatakan bahawa peralihan kuasa perdana menteri hanya akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) 2020 selesai dianjurkan, akhir tahun ini.
Pada 14 Januari lalu, Mahathir berkata beliau bersedia untuk melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya Majlis Presiden PH mengkehendakinya.
Sementara itu, Anwar telah berulang kali mempertahankan bahawa peralihan terakhir mesti dijalankan secara aman dan teratur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan