Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, diberikan surat
tunjuk sebab semalam, kata setiausaha agung parti itu, Saifuddin
Nasution Ismail.
Bagaimanapun, Saifuddin enggan memberikan maklumat lanjut mengenai surat tersebut, termasuk alasan ia dikeluarkan, kerana ia dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kassim.
"Semalam Zuraida telah dihantar satu surat tunjuk sebab dan bermula semalam beliau ada 14 hari untuk memberikan penjelasan.
Zuraida adalah seorang daripada pemimpin kanan PKR yang menyokong Azmin Ali ketika parti itu berdepan pertembungan dalaman. Satu kumpulan menyokong Azmin - yang juga timbalan presiden PKR - manakala satu lagi berpihak kepada Anwar Ibrahim.
Anwar ialah presiden PKR.
Persaingan itu menyaksikan Azmin dan Zuraida mengeluarkan kenyataan keras terhadap kepemimpinan tertinggi PKR dan ia terzahir dengan ketara ketika parti terbabit mengadakan kongres tahunan di Melaka baru-baru ini.
Perubahan dalam badan parti
Saifuddin berkata kuasa mengenakan tindakan ada pada Ahmad.
Menurut beliau, isu surat tunjuk sebab kepada Zuraida antara perkara dibangkitkan Ahmad dalam taklimat kepada kepemimpinan PKR hari ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan Anwar, manakala Zuraida berada di Kimanis, Sabah, sempena pilihan raya kecil kawasan parlimen itu hari ini.
Sementara
itu Saifuddin juga mengumumkan Lembaga Disiplin PKR menggantung
keanggotaan bekas exco pemuda parti itu, Akmal Hisham Ahmad Tamyiz, yang
ditahan polis dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Puchong
minggu lalu.
Katanya Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow, pula dilantik menganggotai lembaga disiplin bagi menggantikan Lee.
Bagi jawatan pengarah strategik pula, Saifuddin berkata, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, dilantik bagi menggantikan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Dr Mansor Othman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan