HALAMAN SANTAI

Jumaat, 6 Mac 2020

Hari Keputeraan Agong setiap Isnin pertama bulan Jun

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi tahun 2020 dipinda daripada hari Sabtu, 6 Jun kepada Isnin, 8 Jun.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, dalam kenyataan hari ini, berkata kerajaan juga bersetuju bahawa mulai 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Al- Sultan Abdullah, Hari  Keputeraan Rasmi Seri Paduka adalah pada Isnin pertama bulan Jun setiap  tahun.

“Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am,” katanya.

Tiada ulasan: