HALAMAN SANTAI

Selasa, 10 Mac 2020

Ketua Pembangkang semestinya Anwar Ibrahim – Penganalisis

Muhammad Azizul Osman
MGF20022020_Simposium-HELP-The-Construct-Of-A-Nation_07
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat berpotensi besar untuk menjadi Ketua Pembangkang ketika sesi persidangan Dewan Rakyat, Mei depan.

Bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata ia berdasarkan kata-kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dilaporkan Bloomberg.

“Berdasar kepada laporan terbaru ini pastilah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Wan Azizah sudah bersuara dalam Bloomberg Television: Jika Pakatan Harapan kembali berkuasa, yang akan mengemudi negara adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Dalam pada itu, Dr Kamarul berkata dengan perkembangan itu, ia menunjukkan tanda bahawa Pakatan Harapan (PH) sudah kembali tidak percaya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana bekas Perdana Menteri itu tidak muncul dalam program “Pertahan Mandat Rakyat”, di Sime Darby Convention Centre, Semalam.

“Tindak-tanduk Dr Mahathir sejak kebelakangan ini, khususnya sikap kritikal beliau ke atas Anwar Ibrahim dan PH, menimbulkan keraguan kepada mereka untuk bergantung harap harap kepada Dr Mahathir lagi.

“Apatah lagi bila persepsi meluas di kalangan mereka adalah kerajaan PH jatuh kerana Dr Mahathir,” katanya lagi.

Wan Azizah sebelum ini berkata Anwar kemungkinan besar akan memimpin negara itu daripada bekas pemimpin Dr Mahathir jika gabungan parti pembangkang kembali berkuasa, menurut pemimpin tertinggi dalam blok itu. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: