MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Rabu, 4 Mac 2020
Najib harap boleh berbaik semula dengan Muhyiddin
MALAYSIAKINI
Dengan
kerajaan baru yang diketuai Muhyiddin Yassin, bekas perdana menteri
Najib Razak, menyimpan impian agar hubungan keruh di antara mereka
berdua dapat dilupakan untuk dibuka lembaran baru.
Bercakap kepada Reuters,
Najib berkata beliau memang belum bercakap dengan Muhyiddin sejak ahli
parlimen Pagoh itu mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mac lalu.
Namun, katanya, beliau berharap apa yang berlaku di antara mereka sebelum ini tidak lagi dikenang-kenang.
Malah
Najib melihat bagaimana Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim
memulihkan hubungan yang terputus sebelum ini boleh dicontohi untuk
beliau dengan Muhyiddin.
"Selain
daripada memenjarakan Anwar, membuat kenyataannya yang menghina Anwar
selama bertahun-tahun namun ia tidak menghalang mereka daripada
berdamai," katanya.
Untuk rekod hubungan Anwar dan Mahathir
berantakan ekoran pemecatan yang dibuat pada 1998 yang kemudian membawa
kepada munculnya gerakan Reformasi.
Bagaimanapun selepas 20 tahun
Mahathir dan Anwar bersetuju untuk berdamai.
Menariknya, perdamaian itu
membawa lahirnya pakatan pembangkang yang lebuh kuat dan kemudian
membawa kepada tersingkirnya Najib dari jawatan perdana menteri.
Sebelum ini Muhyiddin ialah timbalan kepada Najib, sama ada dalam kabinet atau Umno.
Kes mahkamah lebih kondusif
Selepas
dua setengah tahun, kerajaan PH akhirnya tumbang dengan tindakan
Muhyiddin membawa partinya, Bersatu meninggalkan pakatan tersebut lalu -
bersama 11 ahli parlimen PKR diketuai Azmin Ali - mereka mengadakan
kerjasama dengan Umno dan PAS.
Untuk rekod Muhyiddin sendiri pernah dipecat daripada Umno kerana mengkritik cara Najib dan parti itu menangani skandal 1MDB.
Dalam temu bual sama, Najib juga memberi sedikit gambaran bahawa beliau turut menyumbang kepada kerjasama Bersatu dan Umno.
Namun
kata ahli parlimen Pekan itu pembabitan tersebut bukan secara langsung
sebaliknya beliau dirundingi mengenai terma dan syarat perjanjian untuk
dipersetujui kedua-dua pihak.
Mengenai
kes mahkamah yang sedang dihadapinya, Najib berkata, beliau
menjangkakan keadaan akan menjadi lebih kondusif dengan jatuhnya PH
baru-baru ini.
"Saya tidak cuba mencadangkan apa-apa, kerana tidak
ada kesimpulan kepada perbicaraan itu ... Tapi harap-harap saya akan
mendapat perbicaraan yang adil," katanya yang ditemui wartawan di
kediamannya di Kuala Lumpur sebelum hadir ke mahkamah.
Melalui
temu bual itu Najib turut berkongsi makluamt mengenai kegiatannya dalam
media sosial. Ketika ini anak perdana menteri kedua itu menjadi ahli
politik Malaysia yang mempunyai pengikut paling ramai.
"Kamu tahu, minggu lepas Facebook saya menarik 20 juta engagements. Biasanya saya ada kira-kira 9.5 juta seminggu," katanya.
Beliau juga memberitahu dari segi 'like', akaun tersebut hanya kurang 6,000 untuk mencecah empat juta.
"Jadi, itulah angka-angkanya, tapi saya tak menguar-uarkannya," kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan