MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Isnin, 9 Mac 2020
Nak kutuk saya lagi buat apa, soal Anwar
MALAYSAIAKINI
Presiden
PKR Anwar Ibrahim mempersoalkan keperluan untuk terus mengkritiknya,
dipercayai ditujukan kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Anwar
berkata demikian ketika mengimbas kembali keruntuhan kerajaan PH dan
apa yang berlaku selepas itu, dalam satu majlis di rumahnya di Bukit
Segambut, Kuala Lumpur semalam.
Beliau berkata, terdapat banyak
dakwaan berkenaan siapa yang patut dipersalahkan atas apa yang berlaku,
antaranya yang mengatakan beliau tergesa-gesa untuk memegang jawatan
perdana menteri.
"Saudara tahu perjanjian (peralihan kuasa antara
Mahathir dan Anwar) dibuat pada 2018. Sudah tandatangan semua.Ia tak
ditunaikan (tetapi) saya tak bantah, terus sabar.
"Ada kawan cadang kalau boleh saya (dilantik) timbalan perdana menteri. (Mahathir jawab) 'Tak boleh'. Tak apa kita teruskan.
"Nak kutuk saya lagi buat apa?" kata Anwar.
Semalam The Sun
melaporkan Mahathir berkata Anwar mencadangkan beliau menjadi timbalan
perdana menteri jika Mahathir berjaya membentuk kerajaan baru.
Mahathir
berkata cadangan itu dinyatakan dalam mesyuarat PH yang bersedia sekali
lagi untuk menyokong pengerusi Bersatu itu, dalam usaha menggagalkan
Muhyiddin Yassin daripada membentuk gabungan baru, yang kini dikenali
sebagai Perikatan Nasional.
Bagaimanapun Mahathir berkata beliau menolak cadangan Anwar dan mahukan Dr Wan Azizah Wan Ismail kembali menjadi timbalannya.
Beliau
juga mendakwa mendapat maklum balas bahawa ada pihak yang tidak selesa
dengan Anwar dalam kerajaan kerana dikatakan lebih cenderung politiking
berbanding mentadbir.
Dalam ceramahnya semalam, Anwar turut menceritakan bagaimana tindakan Mahathir meletakkan jawatan pada 24 Feb sebagai peletakan jawatan Mahathir sebagai perdana menteri pada 24 Feb lepas sebagai tidak bersungguh-sungguh.
"Bila kita (dengar) Tun Mahathir letak jawatan, ia satu kejutan.
"Tapi
selepas itu segera diambil sebagai perdana menteri interim. Kita masa
itu sedih. Ingat sudah letak (jawatan) sungguh-sungguh rupa-rupanya
tidak. Letak (jawatan) sementara dan jadi perdana menteri interim.
"Kita
kata tak apalah, untuk kestabilan politik dan perjuangan jangka
panjang, kita sokong, semua sokong perdana menteri sementara," katanya
lagi.
Bagaimanapun, anggota parlimen Port Dickson itu berkata
sebagai perdana menteri interim, Mahathir telah mencadangkan sistem
pentadbiran baru, di mana dia mempunyai kuasa melantik sesiapa sahaja
tanpa peranan parti politik.
"Pada masa itu, saya sebut macam mana (sistem pentadbiran baru)? Sistem kita ini kena runding, kena musyawarah dengan parti.
"Dia kata tak payah kerana semua orang sokong dia. Bukan sahaja PH, (tetapi) PAS, Umno, dan Sabah dan Sarawak sokong dia.
"Kalau
semua sokong mesti ikut dia. Kita semua sokong (Mahathir) tetapi tidak
bermakna kita boleh ketepikan agenda perubahan musyawarah di kalangan
kita," katanya lagi.
Apabila Mahathir mendedahkan rancangan
kerajaan perpaduannya, Anwar berkata PAS dan Umno menarik balik sokongan
kepadanya dan menggesa pilihan raya diadakan.
"Bila mereka tidak sokong, kita minta Tun M pengerusikan majlis PH malam itu, beliau enggan sebab beliau bukan lagi dalam PH.
"...Maka kita kembali kepada calon asal PH, (sebab) itu dikemukakan nama saya," katanya.
Dalam
satu majlis di Kedah minggu lepas, Mahathir dilaporkan berkata bahawa
jika PH mencalonkannya sebagai perdana menteri dan bukannya Anwar,
beliau akan memiliki cukup sokongan anggota parlimen.
"Mereka
menamakan Anwar sebagai calon mereka dan kerana ini saya kalah. Saya
tidak boleh mendapatkan majoriti. Anwar juga tidak mendapat majoriti,"
katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan