Lebih baik fokus isu UEC, tulisan jawi yang masih tak selesai

NAH!
Kebimbangan Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji
Aminuddin Yahaya mengenai kemungkinan Tun Dr Mahathir Mohamad mengguna pakai
idea-idea lama selepas memangku tugas menteri pendidikan ternyata benar.
Pada
ketika itu Haji Aminuddin berkata: “Rakyat sedang berasa bimbang adakah Tun M
mampu memberi idea-idea baru untuk menambah baik sistem pendidikan memandangkan
perbezaan usia beliau dan perkembangan pendidikan semasa semakin canggih dan
berubah-ubah dengan cepat”.
“Kemungkinan
beliau hanya akan menjalankan idea-idea lamanya adalah besar”. Perkara
berkenaan dinyatakan sehari selepas Dr Mahathir melantik dirinya sebagai
pemangku menteri pendidikan bagi menggantikan Dr Maszlee Malik.
Pengumuman
pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) nyata mengejutkan ramai pihak, terutamanya golongan akademik
dan ibu bapa kepada anak-anak yang menjadi mangsa dasar berkenaan.
Rakyat
sama sekali tidak menyangka, pada ketika negara mengharapkan kewujudan sekolah
satu aliran direalisasikan di bawah Dr Mahathir, alih-alih tanpa angin dan
ribut kerajaan berhasrat melaksanakan PPSMI pula.
Walhal,
banyak lagi isu lain yang boleh Tun Mahathir kemukakan untuk anak-anak bangsa.
Tidak pun, Tun selesaikan dahulu isu-isu yang menjadi polemik negara ketika
ini. Isu UEC, puak sana sibuk desak minta diiktiraf. Sudah tahu tidak ikut
silibus pendidikan negara, masih tidak tahu malu ‘paksa’ iktiraf.
Begitu
juga isu tulisan jawi. Pertubuhan radikal Cina, Dong Zong sekeras-kerasnya
tidak mahu dimasukkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah vernakular.
Nah, sepatutnya Tun M selesaikan isu ini dahulu. Jangan biarkan mereka ‘pijak
kepala’.
Berbalik
kepada PPSMI, menurut statistik, sepanjang pelaksanaan PPSMI dari tahun 2003
sehingga 2012 dilaporkan, hampir tiga juta murid gagal dan perkara itu sudah
pasti memberi kesan kepada masa depan mereka.
Tidak
dapat dinafikan ada murid-murid yang berjaya meloloskan diri dari cabaran PPSMI
dengan cemerlang, sehingga melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi serta
memiliki pekerjaan yang baik.
Namun
begitu, nisbah mereka yang berjaya jika nak dibandingkan dengan yang gagal amat
luas seperti perumpamaan langit dan bumi.
Pedang
di sini bukan untuk berhujah panjang lebar berkenaan keburukan PSSMI, kerana
Pedang yakin sudah ramai para cendekiawan dan akademik telah mengulasnya secara
mendalam serta terperinci.
Apa
yang diharapkan kini, Dr Mahathir sebagai menteri pendidikan dan orang nombor
satu negara menilai semula kertas kerja serta nasihat yang pernah dihasilkan
oleh kumpulan penyelidik tempatan termasuk luar negara berkenaan kegagalan
PPSMI.
Ingat!
Jangan sesekali membiarkan keputusan berkenaan PPSMI dibuat oleh golongan
politik lagi, biarlah kali ini ia berpaksikan kepada saranan atau pendapat
golongan yang benar-benar dekat dengan bidang pendidikan.
Selain
itu, diharapkan juga, Dr Mahathir dapat mempertimbangkan beberapa cadangan
alternatif bagi menambah baik penguasaan bahasa Inggeris seperti menambah
tempoh masa pembelajaran di sekolah atau sebagainya.
Pedang
yakin dan percaya penawar kepada masalah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah
terutama dalam kalangan murid-murid Melayu mampu diatasi, sekiranya semua pihak
bersatu hati serta berusaha secara bersama menyelesaikannya dengan tidak
mengulangi formula yang terbukti salah.
Jangan
perjudikan lagi masa hadapan anak-anak yang tidak bersalah ini, di bahu mereka
bukan sahaja terletak harapan ibu bapa tetapi juga negara sebagai generasi yang
akan memimpin suatu masa nanti.
*Kata Pedang: Betul juga kata Prof Teo Kok Seong, bagaimana murid
nak belajar Sains, Matematik jika Bahasa Inggeris lemah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan