“Saya tidak tahu mana yang sudah selesai, tapi yang belum selesai, tertangguh kita akan teruskan.
“Yang diserah kepada pihak berwajib seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan sebagainya itu di bawah tanggungjawab SPRM,” katanya selepas mesyuarat pertama Kementerian Pertahanan hari ini.
Beliau berkata, taklimat khusus berhubung siasatan projek itu akan dibuat minggu depan.
Pada 9 Mei 2019, Menteri Pertahanan ketika itu, Mohamad Sabu mengumumkan 13 daripada 16 projek “land swap” Kementerian Pertahanan membabitkan Najib Razak dan bekas menteri pertahanan sejak 1997.
Katanya, hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan ke atas 16 projek itu mendapati kerajaan kerugian lebih RM500 juta disebabkan penilaian tanah lebih rendah daripada nilai pasaran dan pengurusan kontrak yang lemah.
Enam belas projek itu terdiri daripada 1,183 hektar tanah milik Kementerian Pertahanan bernilai RM4.7 bilion dan kos projek sebanyak RM4.8 bilion. Hanya 5 projek disiapkan sehingga Disember 2018.
Sebelum ini, bekas timbalan menteri pertahanan, Liew Chin Tong menggesa kerajaan baru terus menyiasat projek berkaitan kementerian itu, termasuk perolehan beberapa aset ketenteraan di bawah kerajaan Barisan Nasional yang didakwa menyalahi peraturan.
Ini termasuklah kenderaan berperisai AV8, kapal tempur pesisir pantai dan helikopter tempur ringan buatan Amerika Syarikat MD530G yang melibatkan kos tinggi dan lewat dihantar.
Tambah baik Kertas Putih Pertahanan
Ismail berkata, Kertas Putih Pertahanan yang diluluskan kerajaan terdahulu akan ditambah baik.
“Banyak pandangan yang diberikan ahli Parlimen nak tambah baik kertas putih membabitkan angkatan tentera kita akan lihat semula, kita akan tambah baik kalau perlu.”
Semalam, Ismail dilaporkan berkata, Kertas Putih Pertahanan yang diluluskan Dewan Rakyat pada 2
Dis tahun lalu akan menjadi panduan utama kementeriannya dalam membuat perancangan dan pelaksanaan jangka pendek, sederhana serta panjang.
Covid-19
Ismail berkata, kementeriannya akan membantu operasi membawa pulang rakyat Malaysia di negara teruk terjejas akibat Covid-19, termasuk Itali.
“Kita juga sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk perlindungan kakitangan kita.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan