MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Khamis, 9 April 2020
Ahli politik, persatuan pelajar bidas pertandingan TikTok menteri
MALAYSIAKINI
Ahli-ahli
politik dan persatuan pelajar tampil mengkritik penganjuran
pertandingan video pendek TikTok oleh Menteri Pengajian Tinggi Noraini
Ahmad.
Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Ahmad Farhan Rosli meluahkan rasa kesal dan kecewa.
Beliau
menyifatkan kementerian seperti “mati akal” mengusahakan aktiviti
bermanfaat bagi mengisi masa lapang mahasiswa semasa perintah kawalan
pergerakan (PKP).
Farhan
berpandangan KPT wajar menggalakkan aktiviti lebih bermanfaat seperti
membaca, menulis, menganalisis, bukannya menyebarkan budaya hedonisme.
“PKPIM juga berharap pihak KPT agar bersiap sedia menghadapi implikasi selepas wabak ini selesai.
“Implikasi
ini terkait permasalahan kesihatan mental akibat berlakunya proses
pembatasan sosial yang lama dan masalah pengangguran dan kebolehpasaran
graduan kerana ketidakstabilan ekonomi yang dijangka melanda dunia yang
bakal menyebabkan peluang pekerjaan merosot akibat daripada pandemik
ini,” katanya lagi.
Semalam,
Noraini memuat naik hantaran poster dan video pertandingan TikTok di
media sosialnya, yang terbuka kepada mereka yang berusia 18 hingga 26
tahun, dari semalam hingga 14 April.
Ia bagaimanapun
mendapat kritikan pengguna maya yang menyifatkan perkara itu tidak harus
menjadi keutamaan di kala mahasiswa berdepan pelbagai masalah sepanjang
tempoh PKP, malah tidak kena masa dengan malam Nisfu Syaaban.
Bagaimanapun,
berdasarkan carian pagi ini, hantaran mempromosi pertandingan TikTok
yang turut menampilkan dua personaliti media sosial, Norreen Iman dan
Iskandar Rahman, tidak lagi ditemui.
Malaysiakini sudah
menghubungi Noraini dan pegawainya dan sedang menunggu penjelasan
mereka. Setakat ini tidak jelas kenapa hantaran pertandingan TikTok itu
diturunkan dan sama ada pertandingan itu dibatalkan.
Tak masuk akal - Sheikh Umar
Sementara
itu, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Sheikh Umar Bagharib
Ali meluahkan rasa terkejut atas penganjuran pertandingan itu.
Katanya,
meskipun tidak menyalahkan mana-mana mahasiswa atau anak muda yang
berminat dengan aplikasi itu yang hanya medium hiburan, namun
penganjuran pertandingan di media sosial Noraini semalam disifatkannya
sebagai “tidak masuk akal” dan “memalukan”.
“Inisiatif menteri pengajian tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad yang mengumumkan penganjuran 'TikTok Contest' semalam adalah tidak masuk akal.
“Saya agak terkejut. Di malam Nisfu Sya'ban, menteri pengajian tinggi isytiharkan untuk mahasiswa ber-Tiktok pula!
“[...]
Apabila Noraini atas kapasiti seorang menteri yang menerajui
Kementerian Pengajian Tinggi memilih untuk mengajak mahasiswa
ber-TtikTok, bagi saya ini tidak cocok sama sekali. Ini amat memalukan,”
katanya dalam satu kenyataan.
Sheikh Umar Bagharib Ali
Sedangkan,
kata Ketua Pemuda DAP Johor itu lagi, masih terdapat pelbagai isu
melibatkan mahasiswa dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang perlu
diberikan perhatian dalam tempoh penularan wabak Covid-19.
Antaranya,
isu jadual pengajian yang terganggu, survival makan dan minum di kolej
kediaman, sistem pengajian dalam talian, serta polisi-polisi bagi
membela nasib mahasiswa dalam fasa PKP seperti program foodbank mahasiswa dan medium pengajian dalam talian lebih bersepadu.
‘Lebih baik pertandingan tulis cerpen’
Pandangan
senada dikongsikan setiausaha pemuda Barisan Jemaah Islamiah
Se-Malaysia (Berjasa) Firdaus Hamdan yang turut menyifatkan penganjuran
pertandingan itu sebagai “memalukan”.
“Adakah serendah itu
pemikiran seorang menteri? Adakah tidak ada pertandingan lain yang boleh
dianjurkan oleh kementerian? Apakah kementerian berbangga dengan usaha
menarik minat anak muda dengan TitTok?” soalnya.
Usulnya,
dalam tempoh PKP, masa generasi muda perlu diisi dengan perkara lebih
bermanfaat, seperti pertandingan menulis cerpen, novel, puisi, atau
rencana Covid-19, menghasilkan poster, video Covid-19, atau lirik lagi
raya, lagu puasa, lagu kemerdekaan, pertandingan reka cipta dan
menghasilkan kit bantuan Covid-19, serta banyak lagi.
“Saya
mencadangkan agar menteri menarik semula dan membatalkan pertandingan
yang memalukan itu. Bahkan bukan hanya membatalkan pertandingan tersebut
tetapi mengharamkan terus aplikasi TikTok yang semakin menghancurkan
anak muda,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan