KORONAVIRUS l
Kesan penularan koronavirus yang telah membunuh lebih 83,000 orang dan
menjejaskan ekonomi di seluruh dunia boleh mengheret kira-kira setengah
bilion lagi ke kancah kemiskinan, kata Oxfam pada Khamis.
Laporan
oleh badan amal antarabangsa yang berpangkalan di Nairobi itu
dikeluarkan menjelang mesyuarat tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa
(IMF) / Bank Dunia minggu depan yang menganggarkan kesan krisis terhadap
kemiskinan global akibat pengecutan pendapatan atau pengurangan
penggunaan isi rumah.
"Krisis ekonomi kali ini lebih teruk daripada krisis kewangan global 2008," kata laporan itu.
"Anggaran
menunjukkan bahawa, tanpa mengira senario, kemiskinan global akan
meningkat buat kali pertama sejak tahun 1990," katanya, sambil menambah
bahawa ini boleh mengheret sesetengah negara kembali ke tahap kemiskinan
yang terakhir dilihat beberapa dekad lalu.
Penulis
laporan itu mengambil kira beberapa senario, termasuk pelbagai garis
kemiskinan Bank Dunia - dari kemiskinan melampau, ditakrifkan sebagai
hidup bersaeakan wang AS $1.90 (RM8.25) sehari atau kurang daripada itu,
sehingga garis kemiskinan yang lebih tinggi iaitu di bawah AS$5.50
sehari.
Di
bawah senario paling serius - penguncupan 20 peratus dalam pendapatan -
bilangan orang yang hidup dalam kemiskinan melampau akan meningkat
sebanyak 434 juta orang kepada 922 juta di seluruh dunia. Senario yang
sama akan melihat jumlah mereka yang hidup berdasarkan wang di bawah
AS$5.50 sehari meningkat sebanyak 548 juta orang kepada hampir 4 bilion.
Wanita
lebih berisiko berbanding lelaki, kerana mereka cenderung untuk bekerja
dalam ekonomi tidak formal dengan sedikit atau langsung tidak ada hak
pekerjaan.
"Ibarat kais pagi, makan pagi, golongan termiskin ini
tidak mempunyai keupayaan untuk meluangkan masa untuk berehat, atau
untuk menyimpan barangan," kata laporan itu sambil menambah bahawa lebih
2 bilion pekerja sektor tidak rasmi di seluruh dunia tidak mempunyai
akses untuk mendapat cuti sakit.
Bank Dunia minggu lalu berkata
kemiskinan di Asia Timur dan rantau Pasifik sahaja akan meningkat
sebanyak 11 juta orang jika keadaan bertambah buruk.
Untuk
membantu mengurangkan impak, Oxfam mencadangkan pelan tindakan enam
perkara yang akan menyampaikan bantuan tunai dan kewangan kepada mereka
dan perniagaan yang memerlukan.
Ia juga memohon agar hutang
dilupuskan dan lebih banyak sokongan IMF, dan peningkatan bantuan. Cukai
ke atas golongan kaya, keuntungan luar biasa, dan produk kewangan
spekulatif akan membantu meningkatkan dana yang diperlukan, kata Oxfam.
Desakan
agar hutang dilupuskan semakin lantang dalam beberapa minggu
kebelakangan ini susulan penularan pandemik Covid-19 yang meranapkan
ekonomi negara-negara membangun di seluruh dunia.
Secara
keseluruhannya, kerajaan di seluruh dunia perlu memobilasasi
sekurang-kurangnya AS$2.5 trilion untuk menyokong negara-negara
membangun.
"Negara-negara kaya telah menunjukkan bahawa pada masa
krisis ini mereka mampu memobilisasi trilion dolar untuk menyokong
ekonomi mereka sendiri," kata laporan itu.
"Kecuali melainkan jika
negara-negara membangun juga dapat melawan kesan kesihatan dan ekonomi,
krisis ini akan berterusan dan ia akan mendatangkan bahaya yang lebih
besar ke atas semua negara, kaya dan miskin." - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan