Orang
ramai kelihatan bersesak membeli barang keperluan asas di dalam sebuah
kedai tidak mematuhi gesaan kerajaan untuk penjarakan sosial berikutan
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan wabak Covid-19 di
sekitar Pandan Indah, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI
KUALA LUMPUR – Langkah selamat yang diambil oleh pasar-pasar
raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan ketika ini
sememangnya satu tindakan wajar dalam usaha mengawal penularan Covid-19.
Daripada memeriksa suhu badan, menyuruh pengunjung menggunakan topeng
muka serta memastikan pelanggan menggunakan cecair pembasmi kuman atau
memakai sarung tangan, ia merupakan langkah berjaga-jaga yang perlu
diikuti.
Perkara paling penting yang perlu diberikan perhatian ialah
penjarakan sosial antara satu sama lain dan ia sering diperingatkan
menerusi pengumuman di kebanyakan pasar raya.
Bagaimanapun Tinjauan MalaysiaGazette di beberapa kedai runcit milik
warga Aceh di Ampang mendapati, arahan pejarakan sosial tidak dipatuhi.
Orang
ramai kelihatan bersesak membeli barang keperluan asasdi dalam sebuah
kedai tidak mematuhi gesaan kerajaan untuk penjarakan sosial berikutan
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan wabak Covid-19 di
sekitar Pandan Indah, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI
Sama ada perkara itu berlaku ekoran tidak ada pemantauan atau sengaja
diambil mudah oleh pengunjung atau pemilik kedai sendiri yang mungkin
merasakan perkara-perkara seperti itu tidak penting.
Berdasarkan pemerhatian, keadaan kedai runcit yang sempit dengan
ruang yang terhad menyebabkan pengunjung terpaksa berhimpit-himpit untuk
memilih barang dan ketika membuat pembayaran di kaunter.
Orang
ramai kelihatan bersesak membeli barang keperluan asas di dalam sebuah
kedai tidak mematuhi gesaan kerajaan untuk penjarakan sosial berikutan
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa2 susulan penularan wabak Covid-19 di
sekitar Pandan Indah, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI
Walaupun rata-rata pembeli dan penjaga kaunter kedai Aceh memakai topeng muka namun adakah ia sudah mencukupi?
Mereka masing terdedah kepada bahaya penularan Covid-19 dengan mudah jika tidak menjaga penjarakan sosial.
Malah, terdapat juga kedai runcit yang turut memaparkan papan tanda
pemberitahuan mengenai jarak antara individu namun semua itu seolah-olah
hanya sekadar perhiasan terutama ketika waktu pagi di mana ramai
pengunjung.
Seorang suri rumah, Mawarti Heri, 31, mengakui bimbang dengan keadaan
berasak-asak seperti itu namun mengambil langkah sendiri untuk
menjarakkan dirinya dengan orang lain ketika hendak berada di dalam
kedai.
Suri
rumah, Mawarti Md Heri bercakap kepada media selepas membeli barangan
keperluan asas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan
penularan wabak Covid-19 di sekitar Pandan Indah, Kuala Lumpur. foto
AFIQ RAZALI,
Katanya, kedai runcit Aceh semangnya menjadi pilihan ekoran jarak kediamannya dengan pasar raya besar yang agak jauh.
“Kedai runcit ini dekat dengan rumah saya jadi ia memang pilihan
untuk membeli barang. Lagipun pasar raya jauh dan jaraknya pula lebih 10
kilometer,” katanya.
Nazri Baharuddin, 33, pula mencadangkan agar ada pemantauan dilakukan oleh pihak yang berkenaan di kedai-kedai runcit Aceh.
Katanya, perkara itu penting kerana hanya dengan meletakkan pihak
yang sepatutnya orang ramai akan mematuhi kerana wujud ketakutan pada
diri mereka.
“Memang wajar kalau ada pihak yang pantau kedai-kedai runcit, jika
tidak orang ramai akan buat sambil lewa sahaja. Maklumlah penyakit ini
kita tak nampak itu mereka tak mahu hiraukan perkara yang penting,”
ujarnya.
Hishamsol Abd Hamid, 52, bersetuju dengan cadangan itu dan
berpendapat, tidak adanya ketegasan oleh pemilik kedai untuk memastikan
penjarakkan sosial antara individu di kedai mereka menyebabkan aspek
keselamatan diri tidak diambil berat oleh pengunjung mereka.
Jurujual,
Hishamsol Abd Hamid bercakap kepada media selepas membeli barangan
keperluan asas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan
penularan wabak Covid-19 di sekitar Pandan Indah, Kuala Lumpur. foto
AFIQ RAZALI
Ujarnya, beliau berpandangan agar kedai-kedai runcit Aceh dipantau
sekurang-kurangnya oleh pihak Ikatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang
akan berperanan untuk memastikan pengunjung atau pemilik kedai mematuhi
arahan pihak kerajaan.
“Saya setuju jika kedai runcit ini dipantau. Kadang kala saya lihat
ramai yang berasak-asak di dalam kedai. Kalau perkara seperti jarak
antara individu ini tidak dipatuhi bagaimana pula kita boleh mencegah
wabak ini daripada tidak merebak,” katanya lagi.
Sementara itu, seorang penjaga kaunter di sebuah kedai runcit Aceh,
Saifullah Amin, 56, mendakwa, dia akan memastikan pelanggan yang masuk
ke kedainya tidak melebihi tiga orang.
Peruncit,
Saifullah Amin bercakap kepada media selepas membeli barangan keperluan
asas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan
wabak Covid-19 di sekitar Pandan Indah, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI
“Memang kita jaga, kita tak benarkan orang ramai masuk. Kita tak mahu
orang berhimpit-himpit dalam kedai. Kalau orang terlalu ramai, kita
akan pastikan pelanggan yang baru sampai tunggu di luar, sementara
pelanggan yang berurusan lebih awal keluar dari kedai,” katanya. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan