HALAMAN SANTAI

Ahad, 19 Julai 2020

Syed Saddiq setuju siasatan dilanjutkan

Wartawan MalaysiaGazette
MGF29052020_SIDANG-MEDIA-TUN-MAHATHIR_16-681x454
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang menyiasatnya selama 11 jam, kelmarin.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, para pegawai SPRM telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan profesional dan menurut lunas undang-undang.

”Berikan SPRM ruang secukupnya untuk menyiasat. Sesungguhnya, kebenaran akan
ditegakkan pada akhirnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga mengakui telah memberi kebenaran untuk sesi siasatan pada 17 Julai 2020 diteruskan selepas waktu bekerja bagi membantu pihak SPRM.

Tambahnya, beliau menghargai kesungguhan Amanah Teoh Beng Hock Untuk Demokrasi (Amanah TBH) dalam memastikan ketelusan SPRM menyiasat.

Amanah TBH dalam kenyataannya semalam berkata, soal siasat yang tidak perlu dan panjang adalah suatu bentuk penyeksaan psikologi.

Ini kerana, ia menimbulkan tekanan yang luar biasa, membahayakan kesihatan mental seseorang dan memungkinkan penyalahgunaan kuasa ketika dalam tahanan.

Malah, soal siasat yang berlarutan melanggar hak setiap orang untuk berehat seperti yang terkandung dalam 24 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.

Syed Saddiq berada di Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung kes kehilangan wang tunai berjumlah RM250,000 pada akhir Mac lalu. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: