Astro Awani

Menerusi
muat naik di laman media sosialnya, Najib akui rasa khuatir sekiranya
berlaku kerjasama antara beliau dan Dr Mahathir, kerajaan yang tertubuh
akan
tumbang tanpa apa-apa sebab. - Foto Twitter/@NajibRazak
KUALA LUMPUR: "Macam saya tersangat ingin nak kerjasama dengan orang yang rancang jatuhkan diri sendiri kot,"
itu reaksi Datuk Seri Najib Tun Razak susulan sidang media oleh dua
tokoh veteran politik, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh
Hamzah.
Menerusi muat naik di laman media
sosialnya, Najib secara sinis mengakui berasa khuatir sekiranya berlaku
kerjasama antara beliau dan Dr Mahathir, kerajaan yang tertubuh mungkin
akan tumbang tanpa apa-apa sebab.
"Nanti
tak tidur malam tiap-tiap hari sebab risau esok kerajaan akan tiba-tiba
tumbang tanpa apa-apa sebab," katanya dalam muat naik yang turut
melampirkan dua tajuk artikel berkait sidang media Dr Mahathir dan
Tengku Razaleigh petang tadi.
Malah, Najib menerusi ruang komentar hantaran tersebut turut mempersoal kenyataan yang dibuat Mahathir.
"Balik rumah tengok bola main FB (Facebook) lepas meeting dengan Atok.
"Esok
bangun tidur, baca berita kerajaan dah tumbang. Petang esok, Atok buat
PC (sidang media) kata dia nak jadi PM (Perdana Menteri) lagi.
"Dia fikir saya nak macam ini ke? Sudahlah," memetik komentar beliau itu.
Terdahulu,
dalam sidang media tersebut, Dr Mahathir mengulangi pendiriannya untuk
menolak bekerjsama dengan Ahli Parlimen Pekan itu bagi membentuk
kerajaan baharu.
"Kerja dengan Najib? Saya minta maaf saya tak boleh," kata Dr Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan