Fareez Azman
Menurut
Datuk Seri Anwar Ibrahim, kesediaah Ahli Parlimen pembangkang
dan
beberapa Ahli Parlimen kerajaan bekerjasama adalah semata-mata
kerana
mahu membela nasib dan kepentingan rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa
Ahli Parlimen pembangkang dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan bersedia
untuk bekerjasama bagi membentuk pentadbiran negara yang lebih stabil.
Kata
Ahli Parlimen Port Dickson itu, kesediaan untuk bekerjasama adalah
semata-mata kerana mahu membela nasib dan kepentingan rakyat.
"Saya
nak umumkan disini, selain daripada warkah Yang di-Pertuan Agong
(merayu Seri Paduka menggugurkan pengisytiharan darurat) daripada
pembangkang (terdapat juga) dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan
(mengutus warkah).
"Ini menunjukkan
kesediaan kita bermuafakat, bekerjasama untuk membentuk satu pentadbiran
lebih stabil dan menjaga kepentingan rakyat itu mengatasi kepentingan
politik kepartian khusus yang terbatas," katanya dalam sidang media
secara dalam talian menerusi Facebook rasminya pada Rabu.
Sebelum
ini, Presiden PKR itu meminta semua Ahli Parlimen untuk mengutuskan
warkah memohon Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin
Al- Mustafa Billah Shah untuk membatalkan Pengisytiharan Darurat dan
menitahkan sidang Parlimen dalam kadar segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan