MINDA RAKYAT
Seorang
pemimpin PKR Perak berpendapat langkah membawa semua Dr Mahathir
Mohamad menyertai Pakatan Harapan (PH) akan menyebabkan gabungan itu
hilang sokongan pengundi bukan Melayu.
Adun Hulu Kinta Muhamad
Arafat Varisai Mahamad malah mendakwa keterbukaan Mahathir untuk
bekerjasama dengan PH sebenarnya langkah terdesak bekas perdana menteri
itu untuk menyelamatkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan anaknya
Mukhriz.
"Apa yang dikata olehnya (Mahathir) tidak tepat. Dia bukan faktor PH meraih sokongan Melayu pada PRU ke-14 lalu.
"PH
meraih sokongan Melayu pada PRU yang lalu kerana rakyat bosan dan marah
dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa kerajaan terdahulu.
"Mahathir
cuba memesongkan faktanya dan cuba mencari talian hayat untuk
menyelamatkan Pejuang dan anaknya yang makin tenggelam," katanya kepada
Malaysiakini.
Ketua Penerangan PKR Perak itu berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai pandangan Mahathir bahawa PH tidak akan meraih sokongan Melayu pada PRU akan datang sekiranya gabungan itu enggan bekerjasama dengannya.
Menurut
Mahathir penglibatannya ketika bersama PH selaku pengerusi Bersatu
membantu meningkatkan sokongan orang Melayu terhadap PH pada PRU ke-14.
Arafat
mendakwa hasil kerjasama dengan PH dan Anwar Ibrahim itulah yang
membuka ruang untuk Bersatu memenangi beberapa kerusi dalam PRU
berkenaan.
"Kalau benar Mahathir mempunyai sokongan Melayu,
kenapa parti dia (Bersatu) kalah di pilihan raya kecil Semenyih dan
Tanjung Piai? Mengapa calon disokong Pejuang kalah di Slim?
"Kerusi Semenyih dan Tanjung Piai memang dimenangi PH pada 2018," katanya.
Justeru Arafat mencabar Pejuang memberi penjelasan berhubung kekalahan di tiga pilihan raya kecil berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan