HALAMAN SANTAI

Rabu, 20 Januari 2021

“Jika kita berpecah ramai yang seronok..” Tok Mat

KUALA LUMPUR – Bukan lagi rahsia yang pemimpin UMNO kini berbeza pandangan berhubung situasi politik semasa.

Malah, perkembangan sehari dua ni jelas menunjukkan keadaan semakin meruncing dengan perdebatan secara terbuka sukar dielakkan.

Namun, di tengah-tengah kemelut itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta semua supaya kekal tenang dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah matlamat utama.

Dengan cara tersendiri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu menyampaikan pesan kepada pemimpin dan ahli parti.

Berikut adalah pesanan seperti dalam hantaran di Facebook Mohamad sebenatar tadi.

Ramai orang tertanya tanya..
Mengapa saya membisu seribu bahasa..
Bagi saya, biarlah ribut ni reda..
Saya tak mau menambah duka..
Yang penting parti mesti di perkasa..
PRU 15 kita nak jadi juara..

Jika kita berpecah ramai yang seronok..
Kita berkecamuk ramai yang gembira..
Ayuh kita cari mana yang elok..
Elakkan yang cela hilangkan lah lara..

Susunlah langkah menuju hala..
Pakat pakatlah untuk bertenang seia sekata..
Jangan parti berkecamuk dan bergelora..
PRU 15 mesti jadi Keutamaan kita..
Bila sampai masa pemilihan parti untuk dikota..
Pilihlah nanti pemimpin kesukaan kita..
Ketika itu tepuk dada tanyalah selera..
Jika itu satu2 nya cara..
Untuk tenangkan jiwa yang lara..

Tiada ulasan: