HALAMAN SANTAI

Jumaat, 1 Januari 2021

Kadir diberitahu Facebooknya disekat angkara Najib, laskar siber UMNO

  KHAIRULANUAR YAHAYA

BEKAS Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin diberitahu akaun Facebooknya yang telah disekat selama 24 jam dari semalam adalah angkara bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan tentera siber UMNO.

Kadir berkata, Facebook beliau telah disekat kerana tidak mematuhi piawaian komuniti dalam hantaran pada 31 Disember dan 26 Jun.

“Salah seorang yang memantau media sosial memberi jawapan berikut: “It’s how Najib’s trolls and UMNO cybertroopers work. They group together and all do a report on a comment or post en-masse, which normally could get a person blocked.”

“Dalam bahasa Melayu: “Inilah cara penghasut-penghasut maya Najib dan laskar siber UMNO buat kerja. Mereka berkumpul dan semua mereka membuat laporan serentak terhadap sesuatu komen atau tampalan yang selalunya boleh menyebabkan seseorang disekat,” kata Kadir.

Tokoh Kewartawanan 2012 itu berkata, terdapat logik pada pendapat yang dilontarkan oleh sahabatnya.

Menurut Kadir, dalam rencana berbahasa Inggeris mengenai moratorium pembayaran balik pinjam bank dan pengeluaran simpanan KWSP beliau ada menyebut nama Najib, 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

“Mungkin ini adalah antara kata-kata kunci untuk menggerakkan tindak balas. Lagi pun Najib sendiri melakukan serangan balas terhadap dengan mengulangi fitnah mengenai Realmild Sdn Bhd. Lojiknya, bila saya tulis dan orang balas, tak perlulah nak sekat-sekat. Kita mainlah cara anak jantan.

“Selalunya rencana dalam bahasa Inggeris tidak mendapat komen yang banyak. Tapi dalam kes ini, ia mendapat lebih 700 komen yang kebanyakannya jenis dedak,” kata Kadir.

Bagaimanapun Kadir berharap penjelasan sahabatnya mengenai “trolls” dan “cybertroopers” yang terlibat sehingga akaun Facebooknya disebat tidak betul.

Jelas beliau, jika perkara tersebut benar ia amat mendukacitakan kerana orang dari ‘kasta dewa’ boleh menggunakan kuasa politik dan duit ringgit bagi menafikan hak orang lain untuk bersuara di alam maya.

“Saya tidak mahu membuat spekulasi mengenai pihak-pihak yang ada pengaruh ke atas Facebook terlibat dengan penafian hak saya walaupun rencana bertajuk “Dangers of Bleeding Banks and EPF” itu kritikal terhadap sesetengah tindakan kerajaan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga dan saluran alternatif, saya akan siarkan semua atau sesetengah rencana Facebook dalam blog saya, The Scribe A Kadir Jasin,” katanya.-SM

Tiada ulasan: