HALAMAN SANTAI

Jumaat, 1 Januari 2021

Jadikan polemik politik 2020 sebagai pengajaran – Hadi

MGF13122020_DIALOG-BERSAMA-MEDIA_-29
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Parti Islam SeMalaysia (Pas) mengharapkan agar segala polemik politik yang berlaku dapat dijadikan pengajaran dan bekalan dalam mengharungi cabaran pada tahun ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tahun lepas menyaksikan sebuah kerajaan yang lemah dan bercelaru sehinggalah terbentuk sebuah kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha untuk menjaga kesejahteraan rakyat.

“Pakatan Harapan digantikan dengan sebuah kerajaan PN yang saling bersatu padu dalam menjaga keharmonian dan perpaduan kaum, demi menyelamatkan negara.

“Harapan saya adalah supaya kita jadikan pengajaran yang kita perolehi pada tahun ini (lepas) sebagai bekalan dalam menghadapi tahun yang mendatang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Dalam pada itu, Abdul Hadi memberitahu,  tahun 2020 juga menjadi tahun yang memperlihatkan bagaimana rakyat dan kerajaan saling bekerjasama dalam menangani wabak Covid-19 yang amat berbahaya.

“2020 ini mengajar kita supaya menghargai seluruh pengorbanan dan jerit perih yang dilalui oleh barisan hadapan negara.

“Selamat Tahun Baru 2021,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: