HALAMAN SANTAI

Jumaat, 8 Januari 2021

Lagi cepat PRU, lagi cepat Pejuang mamp*s – Mohd. Puad

Ini kerana kepimpinan UMNO dilihat masih lagi belum berjaya ‘disumbatkan’ ke dalam penjara walaupun antara mereka iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak sudahpun didapati bersalah.

Kritikan tersebut dilontarkan apabila orang kanan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, A. Kadir Jasin mengecam UMNO yang menggesa Parlimen dibubarkan.

Kadir dikatakan menuduh UMNO mahu menyelamatkan pemimpinya termasuk Presiden, Datuk Seri Dr. Ahamd Zahid Hamidi dan bekas Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Kadir tahu, lagi cepat PRU, lagi cepat parti Pejuang mampus macam di PRK Slim dan mungkin mereka pula yang masuk penjara.

“Itulah cara berfikir orang yang kuat berdendam. Kadir Jasin ingat jika UMNO kembali berkuasa maka UMNO akan balas dendam untuk menzalimi mereka.”

Kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menerusi hantaran Facebooknya malam tadi.

Katanya, Pejuang dan pemimpinya termasuk Dr. Mahathir didakwa fobia dengan pimpinan UMNO yang masih lagi belum dipenjarakan.

Malah, mengatakan tindakan Dr. Mahathir merayu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya diberikan tempoh enam bulan supaya dapat menyempurnakan misi memenjarakan pemimpin UMNO.

“Nampaknya, Kadir dan Tun M (Dr. Mahathir) cukup fobia jika Najib, Zahid (Ahmad), Ku Nan (Tengku Adnan) dan beberapa yang lain tidak masuk penjara sebelum PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15).

“Patutlah Tun M menyesal dan merayu kepada Anwar supaya bagi dia jadi PM kali ketiga untuk 6 bulan sahaja.

“Dia terlupa Najib dan Zahid belum masuk penjara bila dia letak jawatan PM 7 (Perdana Menteri ke-7).

“Justeru dia minta enam bulan supaya misi memanjarakan Najib dan Zahid disempurnakan,” sindirnya.

Dalam masa sama, Mohd. Puad turut menegaskan UMNO masih lagi mempunyai pengaruh yang cukup kuat, terutama melibatkan kesan dalam ekonomi.

Katanya, pengaruh itu dapat dilihat menerusi tindakan UMNO yang menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan desakan menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sejak timbul cerita UMNO menolak kerjasama dengan PPBM (Bersatu) dan MP (Ahli Parlimen) UMNO akan tarik sokongan terhadap Muhyiddin, maka tiga hari berturut turut ‘harga bursa saham’ jatuh.

“Itu bermakna UMNO adalah influencer. Parti Pejuang ada?” selorohnya.

Sementara itu untuk makluman, semalam Suara Merdeka melaporklan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan pendaftaran Pejuang sebagai sebuah parti politik.

Hal berkenaan dimaklumkan peguamnya, Mior Nor Haidir Suhaimi apabila menerima surat daripada ROS pada 6 Januari lalu.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir dalam sidang media semalam memaklumkan akan merayu terhadap keputusan ROS mengikut undang-undang. – SM

Tiada ulasan: