Astro Awani
Dalam
keadaan politik negara yang tidak stabil, situasi sebegitu
tidak
seharusnya berlaku kerana ia menimbulkan keresahan rakyat yang
inginkan
kepimpinan yang lebih stabil.
KUALA LUMPUR :
Gerak Ekonomi Melayu Keramat menggesa polis menyiasat cubaan
menjatuhkan kerajaan melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi.
Ketua Penerangannya, Zulhafiz
Hanafiah berkata, polis juga perlu menyiasat kesahihan surat sokongan
daripada Ahmad Zahid kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang tular baru-baru ini.
Menurutnya,
dalam keadaan politik negara yang tidak stabil, situasi sebegitu tidak
seharusnya berlaku kerana ia menimbulkan keresahan rakyat yang inginkan
kepimpinan yang lebih kukuh.
“Politik
yang tidak stabil menganggu kelancaran perkembangan ekonomi negara
apabila sesebuah ekonomi itu tidak stabil. Negara-negara luar juga tidak
berminat untuk melabur di negara kita.
“Pada
masa sama politik sekarang banyak menimbulkan keresahan rakyat yang
menginginkan kepimpinan stabil di saat negara sedang dilanda COVID-19,
selain isu kartel daging haram dan bencana banjir besar di beberapa buah
negeri.
“Tujuan
laporan polis dibuat adalah untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan
secepat mungkin kerana kita tidak mahu ada pihak yang teraniaya
kerananya,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambahnya, perbuatan salah laku dan ketelusan yang hilang dalam kalangan pemimpin tidak boleh dikompromi sama sekali.
"Kita juga tidak mahu parti politik diseret dek kerana agenda peribadi oleh ahli politik itu sendiri.
"Kita
tunggu dan lihat siasatan PDRM untuk menyiasat kesahihan surat
berkenaan supaya tidak menimbulkan keresahan rakyat," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan