Irwan Muhammad Zain
Sebelum ini, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan, Presiden PKR itu
sedia bekerjasama dengan Dr Mahathir.
KUALA LUMPUR:
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dilapor membincangkan cadangan
kerjasama antara Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi
Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad dalam
menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Difahamkan
cadangan kerjasama dengan Dr Mahathir itu dibangkitkan Setiausaha Agung
DAP, Lim Guan Eng pada penghujung mesyuarat tersebut yang diadakan pada
11 Januari lalu.
Malaysiakini melaporkan, sumber dalaman PKR bagaimanapun memaklumkan, tiada sebarang keputusan dibuat berhubung cadangan tersebut.
"Memang
benar isu kerjasama di antara Anwar dan Dr Mahathir dibincang dalam
mesyuarat Majlis Presiden PH pada Isnin lalu, tapi tiada sebarang
keputusan diambil.
"Hal itu berada pada kedudukan tiada sebarang komitmen dibuat," kata sumber itu kepada Malaysiakini.
Portal
itu turut melaporkan, sumber yang didakwa rapat dengan Anwar
memberitahu, kira-kira 95 peratus perbincangan dalam mesyuarat berkenaan
meliputi isu pelaksanaan darurat dan ancaman COVID-19 di negara ini.
Sebelum
ini, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan, Presiden PKR itu sedia
bekerjasama dengan Dr Mahathir dan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal
untuk menubuhkan gabungan besar (grand coalition) bagi menghadapi PRU15.
Dr Mahathir bagaimanapun pada 31 Disember lalu, membayangkan kerjasama antara beliau dan Anwar tidak akan berulang lagi.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Anwar bahawa terserah kepada kelulusan
PH melalui Majlis Presidennya jika Dr Mahathir dan Pejuang atau mana-mana parti ingin menyertai gabungan itu,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan