Ridauddin Daud
Abdul
Hadi berkata, MN dan PN ibarat benih yang baru tumbuh dengan subur
dan
sebarang cadangan lain adalah tumbuhan liar yang mesti dihapuskan atau
makhluk perosak yang wajib dimusnahkan. - Facebook/ abdulhadiawang
KUALA LUMPUR :
Pas menolak sebarang usaha untuk membentuk pakatan baharu dan
beriltizam untuk memperkasakan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan
Nasional (PN).
Presidennya, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang berkata, MN dan PN ibarat benih yang baru tumbuh dengan
subur dan sebarang cadangan lain adalah tumbuhan liar yang mesti
dihapuskan atau makhluk perosak yang wajib dimusnahkan.
Menurutnya, perpaduan melibatkan gabungan itu adalah acuan Islam yang ingin dikembalikan semula setelah dilupakan sebelum ini.
“Jadilah
Melayu Islam yang sempurna dengan aqidah, syariat, akhlak dan
integriti, bersama kaum dan penganut berbagai agama berkonsepkan adil
kepada semua dalam masyarakat majmuk.
“Acuan
perpaduan inilah yang boleh menegakkan umat yang selamat di dunia dan
akhirat. Maka adalah haram kita memilih acuan akal manusia yang sempit
sekadar menyelamatkan diri masing-masing, puak masing-masing dan
kedudukan masing-masing.
“Bukannya
berwadahkan umat yang besar dan wawasan yang jauh daripada dunia
sehingga akhirat,” katanya menerusi status dimuat naik dalam Facebook
rasmi beliau pada Sabtu.
Tambah
Ahli Parlimen Marang itu, perpaduan yang terjalin itu adalah fardu
kifayah kewajipan secara umum dan menjadi fardu ain kepada pemimpin yang
bertanggungjawab.
“Pendekatan kita di
Malaysia, tempat bumi Allah yang kita berpijak mengikut petunjuk
al-Quran dalam aspek perpaduan umat ialah menyatukan umat Islam dengan
penubuhan Muafakat Nasional yang diasaskan pada awalnya oleh Pas dan
UMNO.
“Ia terbuka kepada mana-mana pihak
yang ingin bekerjasama termasuklah kepada Parti Pibumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) yang dijemput selepas itu. Kemudian diikuti dengan penubuhan
PN yang menggabungkan semua parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Ia
berasaskan piagam yang dimeterai secara persefahaman dahulu sebelum
diperkemaskan secara berperingkat, berasaskan konsep Islam Agama Rasmi
Persekutuan yang telah termaktub dalam Perlembagaan,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan