HALAMAN SANTAI

Ahad, 3 Januari 2021

PH sepakat tandingi 82 kerusi DUN Sarawak

 Astro Awani

PH sepakat tandingi 82 kerusi DUN Sarawak
Chieng Jen turut tidak menolak untuk bekerjasama dengan parti pembangkang 
lain, tetapi akan memilih yang hanya berwibawa dan asli.
 
KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak akan bertanding di semua kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12, sekali gus mengetepikan kenyataan sebelum ini yang mereka akan bekerjasama dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB).
 
Dalam kenyataan bersama pada Sabtu, pakatan tersebut memaklumkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di 47 kerusi, DAP (26 kerusi) dan AMANAH (sembilan kerusi).
 
PKR akan menurunkan calon di Opar, Tanjung Datu, Pantai Damai, Tupong, Satok, Batu Lintang, Asajaya, Serembu, Tarat, Tebedu, Sadong Jaya, Simunjan, Lingga dan Beting Maro.
 
Kawasan lain ialah Balai Ringin, Bukit Begunan, Engkilili, Batang Ai, Saribas, Layar, Bukit Saban, Kalaka, Krian, Daro, Pakan, Meluan, Ngemah, Machan, Nangka, Dalat, Tellian, Balingian, Tamin, Kakus, Katibas dan Belaga.
 
PKR turut bertanding di Murum, Jepak, Bekenu, Lambir, Marudi, Telang Usan, Mulu, Bukit Kota, Batu Danau, Ba’ Kelalan, dan Bukit Sari.
 
DAP pula akan meletakkan calon di Tasik Biru, Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kitang, Batu Kawah, Stakan, Mambong, Kedup, Bukit Semuja, Simanggang dan Repok.
 
Kawasan lain ialah Meradong, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Pelagus, Bukit Goram, Baleh, Tanjong Batu, Kemena, Samalaju, Piasau, Pujut, dan Senadin.
 
Amanah pula memilih untuk bertanding di kawasan dominasi Melayu Melanau di Demak Laut, Samariang, Muara Tuang, Gedong, Sebuyau, Kabong, Kuala Rajang, Semop, and Jemoreng. 

Pengerusi PH Sarawak yang juga Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen berkata, persefahaman yang dicapai itu adalah sesuatu yang amat menarik kerana diperolehi sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri.  

“Tidak akan ada pertandingan tiga penjuru, malah kerjasama ini akan meningkat kemampuan untuk menang,” katanya dalam sidang media sejurus pengumuman tersebut.     

Chieng Jen turut tidak menolak untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain, tetapi akan memi lih yang hanya berwibawa dan asli.     

Turut menandantani persefahaman itu ialah Pengerusi Amanah Sarawak, Abang Abdul Halil Abang Naili dan Pengerusi PKR Sarawak, Larry Sng.

Tiada ulasan: