Madiha Abdullah
Perikatan
Nasional pimpinan Muhyiddin perlu perkukuh tadbir urus bagi
memastikan
kemelut dalam tidak berpanjangan. - Astro AWANI / Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Politik berhemah dan bermoral memerlukan pengorbanan dan kompromi daripada semua pihak.
Penganalisis
politik, Prof Sivamurugan Pandian berpendapat, kemelut dalaman adalah
perkara paling utama yang perlu diselesaikan kerajaan Perikatan Nasional
(PN) bagi membolehkan langkah memulihkan ekonomi dapat diteruskan.
"Kepimpinan
perlu diperkukuhkan dengan tadbir urus yang baik dan memastikan kemelut
dalaman tidak mengganggu apa yang mahu dicapai.
"Dalam
proses pemulihan pasca COVID-19, apa yang diperlukan kini adalah
komitmen yang tinggi kerana kestabilan politik penting bagi menarik
pelabur asing.
"Langkah pertama adalah meyakinkan rakyat, barulah masyarakat luar," katanya ketika muncul dalam Buletin Khas AWANI.
Sivamurugan
mengulas lima keutamaan kerajaan untuk 2021, seperti yang diumumkan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam perutusan tahun
baharunya, Khamis malam.
Idealogi politik
yang berbeza, tambah beliau, tidak sepatutnya menjadi penghalang dalam
mencapai kesepakatan, terutama ketika negara masih bergelut melawan
pandemik COVID-19.
"Perikatan Nasional
perlu buktikan kemampuan mengukuhkan kepentingan setiap ahli dengan
matlamat utama supaya ikatan dapat diperkukuhkan, titik kebersamaan
dapat dicapai dan menyatukan motivasi serta keazaman untuk menjadikan PN
sebuah entiti politik baharu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan