Fauzi Suhaimi
Guan
Eng berkata, cabang legislatif diperlukan agar wakil rakyat dapat
membawa isu berkaitan salah pengurusan, salah guna kuasa dan kesukaran
rakyat dalam sidang Parlimen. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Kerajaan digesa untuk membatalkan tindakan menggantung Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan Ahli Parlimen membangkitkan
kelemahan pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, cabang legislatif diperlukan agar
wakil rakyat dapat membawa isu berkaitan salah pengurusan, salah guna
kuasa dan kesukaran rakyat dalam sidang Parlimen.
"Atas
sebab ini, penggantungan Parlimen dan DUN harus dibatalkan bagi
membenarkan para Ahli Parlimen membangkitkan dan mendesak kerajaan
Perikatan Nasional (PN) untuk menawarkan langkah-langkah kewangan segera
yang disertakan bersama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi
menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian.
"Sekiranya
cabang eksekutif dan kehakiman dalam kerajaan dapat berfungsi dengan
normal, mengapa tidak cabang perundangan (legislatif) yang merupakan
peringkat tertinggi dalam Perlembagaan Persekutuan?" soalnya menerusi
ciapan di akaun Twitternya pada Rabu.
Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pengumuman Khas Darurat pada
Selasa berkata, sepanjang tempoh pelaksanaan darurat, Parlimen dan DUN
tidak akan bersidang sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Yang
di-Pertuan Agong.
Setakat ini, belum ada
Ordinan Darurat yang dikeluarkan untuk menggantung Parlimen meskipun
Istana Negara tidak menjelaskan secara terperinci mengenai penggantungan
berkenaan.
PRU, PRN dan PRK tidak akan diadakan dalam tempoh darurat
Dewan
Rakyat sepatutnya bersidang tiga kali tahun ini iaitu pada 8 Mac hingga
8 April, 14 Jun hingga 1 Julai, dan 4 Oktober hingga 8 Disember.
[
Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mempersoalkan
bagaimana masalah dalam salah urus, penyalahgunaan kuasa dan penderitaan
rakyat dapat dibangkitkan oleh Ahli Parlimen tanpa mesyuarat Parlimen?
"Bagaimana kegagalan menteri dalam menjalankan tugas mereka dengan baik dapat diserlahkan?" soal beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan