HALAMAN SANTAI

Jumaat, 1 Januari 2021

PRU: Faktor Tun M membantu, namun DAP mampu lakukan – Kit Siang

MGF06112019_KIT-SIANG-SEMBANG-KOPITIAM13-1
Lim Kit Siang. foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Faktor Tun Dr. Mahathir Mohamad sedikit sebanyak membantu DAP memenangi 42 kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018.

Namun bagi pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang adalah salah bagi Dr Mahathir menyatakan bahawa parti itu tidak akan berjaya memenangi 18 kerusi tanpa bantunya.

Kit Siang berkata, DAP memenangi lebih lebih banyak daripada jumlah itu dan ia boleh dilihat apabila parti itu memenangi 24 kerusi pada tahun 1986, 20 kerusi pada tahun 1990, 28 kerusi pada tahun 2008, dan 38 kerusi pada tahun 2013 sebelum memenangi 42 kerusi pada tahun 2018.

Dalam wawancaranya bersama dengan China Press, bekas Perdana Menteri itu menyatakan bahawa beliau telah membantu pakatan pembangkan untuk menang dalam PRU14 kerana beliau  membawa sokongan orang Melayu.

Menurut Dr. Mahathir, DAP yang tidak pernah mampu memenangi lebih daripada 18 kerusi dan memenangi 42 kerusi pada PRU lalu adalah kerana mendapat sokongan pengundi Melayu yang dibawa oleh beliau.

Kit Siang yang mendakwa partinya  telah dimomokkan dengan pelbagai penipuan, fitnah, dan berita palsu selama lima dekad berkata, DAP kekal komited mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Malah katanya parti itu juga berjaya melahirkan pemimpin Melayu seawal PRU 1969 yang mana dua orang pemimpin Melayu DAP telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri

“Sebelum Pilihan Raya Umum 1974, sekiranya DAP berjaya memenangi negeri Perak, ADUN DAP Tapah Road, Ibrahim Singgeh akan menjadi Menteri Besar Perak,” katanya sambil memberi contoh beberapa pemimpin Melayu lain yang dilahirkan DAP antaranya Ahmad Nor, Zairil Khir Johari, Abdul Aziz Bari, Young Syefura Othman dan Jamaliah Jamaluddin.

Sementara itu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, rakyat Malaysia perlu meneliti dan menghayati sebab-sebab mengapa Malaysia mundur ke belakang berbanding dengan negara-negara lain..

Katanya, negara perlu terus mara ke hadapan dengan sebuah konsensus nasional baharu untuk mengembalikan usaha menjadi sebuah negara maju berkelas dunia dan menyelamatkan Malaysia daripada kleptokrasi, kakistokrasi, dan negara gagal. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: